Marcos Alonso Terima Lanjutan Kontrak, Terus Komited Bersama Chelsea

Berita baik buat penyokong Chelsea!

Pemain pertahanan mereka yang beraksi sebagai bek sayap iaitu Marcos Alonso kini telah pun menzahirkan komitmen beliau terhadap kelab London itu dengan menerima lanjutan kontrak.

Hasil dari penerimaan beliau terhadap lanjutan kontrak yang ditawarkan Chelsea adalah beliau akan terus kekal di Stamford Bridge sehingga tahun 2023.

Keputusan yang dilakukan oleh Alonso ini jelas merupakan satu tindakan yang dimahukan sendiri oleh dirinya.

Hal ini kerana, ia merupakan satu tujuan yang ada dalam dirinya untuk terus kekal bersama Chelsea untuk tempoh yang lama.

“Perkara ini mengambil masa berbulan-bulan untuk diselesaikan dan ianya jelas untuk saya kekal di sini.”

“Saya tahu ke mana saya hendak pergi dan akhirnya saya berjaya juga menandatangani kontrak baharu bersama Chelsea.”

Menurut Alonso, kini fokusnya terarah kepada misi untuk menjadi pemain terbaik di dunia untuk posisinya.

Beliau mempunyai keyakinan yang terus meningkat dari segi prestasi sekiranya terus bersama dengan Chelsea.

“Ia merupakan satu impian saya untuk menjadi pemain yang terbaik di dunia untuk posisi saya dan itulah yang saya sedang usahakan.”

“Saya tahu saya mampu untuk menjadi pemain yang lebih baik dan terus meningkatkan prestasi.”

Alonso dibawa ke kota London dari Fiorentina di Itali semasa Antonio Conte menjadi pengurus Chelsea.

Ketika musim sulung beliau menjadi di England, beliau jelas menjadi mempamerkan prestasi yang cemerlang terutamanya dalam sistem pertahanan bertiga Conte.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN