Ancelotti Puji PSG Banyak Berubah, Sindir Bayern Munich

Carlo Ancelotti puji PSG dan menyindir satu lagi bekas majikan lamanya iaitu Bayern Munich dalam sidang media perlawanan UCL antara PSG dan Napoli.

Ancelotti kembali semula ke Parc des Princes untuk berhadapan dengan sebuah lagi kelab lama beliau, PSG.

Dalam kunjungan terakhir beliau bersama dengan Bayern, Ancelotti dan gergasi Bavaria itu tewas 3-0.

Adakah beliau mampu untuk mengejutkan PSG bersama dengan Napoli yang sebelum ini sudah menewaskan Liverpool.

Menurut Ancelotti PSG sudah jauh berubah sejak dibimbing oleh Thomas Tuchel. Beliau puji PSG dari segi perubahan corak permainan dan juga kualiti pasukan mereka.

Paris Saint-Germain’s German headcoach Thomas Tuchel (R) speacks to Paris Saint-Germain’s Brazilian forward Neymar Jr before he enters the pitch during the French Trophy of Champions (Trophee des Champions) football match between Monaco (ASM) and Paris Saint-Germain (PSG) on August 4, 2018 in Shenzhen. (Photo by Anne-Christine POUJOULAT / AFP) (Photo credit should read ANNE-CHRISTINE POUJOULAT/AFP/Getty Images)

Namun Bayern Munich pula tidak nampak ada perubahan ketara. Ini kerana beliau mendengar daripada rakannya di Bayern Munich yang ada beberapa masalah lama masih tak diselesaikan lagi.

Beliau berkata:

“Saya tak nampak Bayern Munich ada berubah kerana saya merasakan masalah yang mereka hadapi beberapa tahun lalu masih lagi ada. Itu daripada apa yang saya dengar.”

Ancelotti akhirnya mengakui yang beliau ditentang oleh ramai pemain Bayern Munich yang membawa kepada pemecatannya.

Media di Eropah melaporkan ada beberapa pemain senior Bayern Munich yang diketuai pemain seperti Muller dan Robben bertemu dengan pengurusan tertinggi kelab meminta Ancelotti dipecat.

Beliau gembira kerana ketika ini di Napoli, semua pemain menghormati dan yakin dengan beliau.

“Perasaan saya banyak berubah musim lalu. Ini kerana saya merasakan cuma ada 4 atau 5 pemain yang masih yakin dengan saya (ketika di Bayern Munich).”

“Hari ini, saya dapat rasa yang kesemua pemain (Napoli) saya yakin dengan saya. Keyakinan itu juga lahir daripada konteks yang akan mengubah banyak perkara.”

Napoli memulakan musim ini dengan sangat baik. Mereka berada di tangga ke-2, hanya 4 mata dibezakan dengan pendahulu, Juventus.

Bercakap tentang PSG, Beliau menjadi pengurus pertama yang memberikan kejayaan Ligue 1 pada era kelab itu dimiliki oleh orang Qatar.

Beliau meninggalkan PSG untuk menerima tawaran Real Madrid. Namun Ancelotti menganggap PSG antara kelab yang banyak memberikan kenangan manis kepada beliau.

Beliau juga banyak belajar dan meningkatkan ilmu kejurulatihannya di PSG.

“Saya ada kenangan yang sangat indah ketika di PSG. Ianya detik yang indah untuk saya menambah lagi pengalaman dan ilmu bola sepak saya.”

Thomas Tuchel menyatakan yang beliau banyak mengagumi Ancelotti sebagai pengurus dan juga pemain satu ketika dahulu.

“Saya menonton aksi beliau di TV ketika beliau bermain untuk AC Milan. Ancelotti pemain yang hebat bermain untuk pasukan luar biasa.”

“Menonton beliau di tv anda tahu beliau seorang yang istimewa dan anda pasukan mereka memberikan anda inspirasi sebenar.”

Tuchel juga memberitahu selepas kekalahan di tangan Liverpool, PSG banyak sekali belajar daripadanya.

“Banyak perkara yang telah berubah dalam corak permainan kami sejak dikalahkan Liverpool.”

“Tiada siapa sukakan kekalahan tetapi kekalahan itu juga memberikan kami pengalaman berharga kerana kami perlu memperbaiki diri kami.”

Beliau tak sabar untuk bertemu Ancelotti dalam perlawanan yang dianggapnya sebagai istimewa.

Selain daripada Ancelotti yang dihormati oleh penyokong PSG, Edinson Cavani juga antara idola penyokong Napoli satu ketika dahulu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN