Pemain jentera serangan Real Madrid, Marco Asensio bukan sahaja hebat beraksi di padang malah beliau turut mampu bermain sukan elektronik (E-sukan) dengan cukup baik selepas berjaya mengemudi Los Blancos muncul juara La Liga FIFA 20 Challenge.
Pertandingan amal yang diadakan bagi mengutip dana untuk memerangi Covid-19 itu telah dianjurkan oleh pemain E-sukan kelahiran Bilbao, Ibai Llanos.
#WearetheChampions !! @realmadrid pic.twitter.com/w75OJj4ww6
— Marco Asensio (@marcoasensio10) March 22, 2020
Setiap pasukan dalam saingan La Liga 2019/20 perlu menghantar seorang pemain mereka sebagai wakil yang menyaksikan Asensio menjadi wakil Real Madrid, Marcos Llorente untuk Atletico Madrid manakala Sergi Roberto membawa cabaran Barcelona.
Malang bagaimanapun menimpa Sergi Roberto dan pemain Mallorca, Alejandro Pozo kerana mereka berdua terpaksa disingkirkan daripada persaingan berikutan Barcelona dan Mallorca mempunyai kontrak bersama Konami. Seperti diketahui, Konami adalah ‘musuh’ utama FIFA.
Pada perlawanan akhir, Asensio yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) tidak berdepan masalah untuk menundukkan lawan daripada Leganes, Aitor Ruibal dengan keputusan 4-2.
Laluannya ke aksi final juga tidaklah begitu sukar apabila menang 2-0 ke atas Jose Antonio Martinez (Granada) di peringkat 16 terbaik.
Marco Asensio will represent Real Madrid in LaLiga FIFA challenge. pic.twitter.com/cJh6wFva4c
— De Maestro. (@kingdemaestro) March 20, 2020
Memasuki saingan suku akhir, Asensio mudah menundukkan pemain Villareal, Manu Morlanes dengan keputusan 5-1 sebelum membelasah Edu Exposito dari Eibar di separuh akhir.
Sehubungan dengan penganjuran pertandingan ini, sejumlah €140,000 telah terkumpul dan akan disalurkan kepada UNICEF untuk membantu dalam memerangi wabak yang amat ditakuti pada ketika ini.
Kredit foto: LaLiga
Baca juga artikel kami yang lain tentang Marco Asensio: