Marcelo Mahu Jadi Model Seluar Dalam Selepas Bersara

Marcelo

Pemain Real Madrid, Marcelo kini telah mempunyai perancangan beliau sendiri selepas zaman bermainnya berakhir.

Jika majoriti pemain lazimnya akan menjadi pengurus, jurulatih atau pun terlibat sebagai penganalisis di stesen televisyen, Marcelo memilih jalan kemasyhuran selepas tamat bermain.

Jalan kemasyhuran itu bukanlah dengan menjadi pelakon atau pun penyanyi, sebaliknya Marcelo mahu menjadi seorang model.

Tetapi bukanlah model biasa-biasa yang beliau mahu jadi sebaliknya mahu menceburi bidang peragaan seluar dalam!

Menurut laman Copa, Marcelo dikatakan sudah mula merancang jalan keluar dari karier pemain bola sepak profesionalnya selepas ini dengan dilihat mahu menjadi model seluar dalam keluar Amerika Syarikat.

Marcelo dikatakan kini begitu giat menjalankan aktiviti fizikal untuk memantapkan badannya.

Mahu menang satu lagi piala

Marcelo dalam masa yang sama mahu menambah koleksi piala dalam karier gemilangnya sebelum bersara dengan hanya satu kejuaraan sahaja lagi yang dimahukannya.

Ketika sudah disingkirkan dari Copa Del Rey, Marcelo kini boleh mensasarkan La Liga atau UEFA Champions League.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Sasaran yang diletakkan ini bukanlah saja-saja, tetapi Marcelo mahu melepasi rekod kejuaraan yang dimenangi oleh legenda Real iaitu Paco Gento.

Gento yang baru-baru ini meninggal dunia menjadi pemain paling hebat dalam sejarah Real dengan 23 kejuaraan atas namanya.

Jadi, Marcelo yang kini terikat dengan bilangan yang sama, mahu memenangi satu lagi kejuaraan untuk melepasi legenda kelab itu apabila bersara.

Mampukah Marcelo melakukannya? Sama-sama kita nantikan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN