Pertahanan kanan Real Madrid, Marcelo telah memberikan pandangan peribadi beliau secara terbuka kepada media tentang Eden Hazard dan Neymar.
Hazard telah menjadi pembelian terbesar dilakukan Real Madrid kali ini dengan bayaran prinsipal sekitar £89 juta.
Seterusnya, Real Madrid sudah dikaitkan dengan Neymar dalam beberapa jendela perpindahan. Namun pemain itu jelas sekali menegaskan bahawa pilihan utama beliau adalah Barcelona.
Bercakap kepada wartawan tentang pandangan beliau ke atas Hazard dan Neymar, ini komen Marcelo:
“Eden adalah pemain yang luar biasa, pemain yang berkualiti tinggi seperti Neymar.”
“Ney [Neymar] ada segala kualiti untuk berada di tahap 5 terbaik dunia, ianya luar biasa.”
Wartawan kemudian bertanya perbandingan di antara Hazard dan Neymar. Lalu Marcelo menjawab:
“Bandingkan [mereka]?”
“Kamu tidak boleh bandingkan mereka berdua. Kerana Neymar adalah pemain yang lebih baik – pada pandangan saya.”
Marcelo risks upsetting teammate Eden Hazard with Neymar comparisonhttps://t.co/TZipMoKnRH pic.twitter.com/7UQVm97Uj8
— Mirror Football (@MirrorFootball) July 20, 2019
“Neymar pemain yang sukar diduga, sangat sukar nak dikawal. Apabila pertahanan cuba menjangka dan mengagak tindakan beliau, Neymar sudah memikirkan cara lain. Mustahil mahu bertahan [1 v 1] dengan Neymar.”
Seterusnya, Marcelo dengan terbuka menyatakan beliau akan rasa sangat teruja jika Neymar datang ke Real Madrid.
“Jika Real Madrid dapat memiliki Neymar, ianya satu keterujaan yang sangat tinggi. Namun saya bukannya orang yang boleh membuat keputusan ke atas perkara seperti itu.”
🗣 Marcelo: "Hazard's a top player. A player of high quality and, like Neymar, has the quality to be in the top five.
"He's impressive, you can not compare them, but Neymar is better for me." pic.twitter.com/pXUnGuON3F
— GOAL (@goal) July 20, 2019
“Neymar pemain yang hebat dan Real Madrid sentiasa cuba melakukan apa sahaja untuk membawa masuk pemain-pemain terbaik di dunia.”
“Masa lampau beliau dengan Barcelona tidak akan merumitkan keadaan. Ketika pra musim, dia adalah kawan saya dan Casemiro. Beliau pernah masuk ke bilik persalinan Real Madrid dan bercakap dengan kami. Apabila perlawanan berakhir, perseteruan itu kita letakkan di tepi seketika.”