Marcelo Bielsa: Kami Mampu Tandingi Aksi Liverpool

Marcelo Bielsa

Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa menegaskan bahawa beliau berbangga melihat aksi bertenaga ditampilkan anak buahnya ketika bertemu Liverpool pada aksi sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21, awal pagi tadi.

Skuad kendalian pengurus kelahiran Argentina itu berjaya bangkit sebanyak tiga kali daripada ketinggalan sebelum Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-88 untuk menghadiahkan kemenangan buat juara bertahan tersebut.

Taktikal yang digunakan oleh Bielsa juga dilihat sedikit memberikan kesukaran buat Liverpool namun beberapa kesilapan pertahanan mengecewakan Leeds untuk mencipta kejutan pada perlawanan ini.

”Liverpool membuatkan kami sukar untuk meneutralkan aksi mereka,” ujar Bielsa menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Terutamanya pada separuh masa kedua apabila kami bergelut untuk mendapatkan bola dari kawasan pertahanan untuk melakukan serangan.”

”Kami juga telah menghentikan Liverpool daripada bermain seperti yang mereka selalu pamerkan dan kami telah memberikan banyak usaha. Sebahagian besar perlawanan menyaksikan kami juga mampu untuk menandingi aksi mereka,” tambah Bielsa lagi.

Aksi Liga Perdana Inggeris pertama sejak 16 tahun itu menyaksikan tiga jaringan Leeds United terhasil menerusi sumbangan Jack Harrison, Patrick Bamford dan Mateusz Klich.

Leeds akan menentang sebuah lagi kelab yang baharu sahaja dinaikkan pangkat dalam saingan liga paling popular di dunia itu, Fulham pada minggu hadapan di Elland Road.

Kredit featured image: Facebook rasmi Leeds United

Baca artikel lain dari kami mengenai Bielsa:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN