Marc Vales: Mimpi Buruk Buat Rodney Calvin, Berita Baik Buat Syafiq Ahmad

Marc-Vales-Kedah-2022-Rodney-Calvin-Syafiq-Ahmad

Pertahanan skuad kebangsaan Andorra, Marc Vales secara tiba-tiba muncul dalam radar Kedah Darul Aman FC dan ia seakan-akan memberi khabar buruk buat bek tengah, Rodney Calvin dan berita baik buat Syafiq Ahmad.

Menurut satu ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Marc Vales akan menjadi pemain terakhir menyertai kem Hijau Kuning, “Difahamkan, pertahanan skuad kebangsaan Andorra, Marc Vales yang beraksi di Liga Norway jadi import terakhir pasukan itu selepas menandatangani Ronald Ngah dan Dennis Buchening.”

Mungkin percubaan mereka untuk membawa masuk Sony Norde gagal selepas pemain itu difahamkan sedang dalam fasa akhir perbincangan bersama Melaka United. Perkhabaran itu turut dikongsi Zulhelmi di Twitternya.

Dalam artikel Semuanya BOLA sebelum ini, persoalan timbul di mana, terdapat beberapa pemain import yang dikaitkan dengan Kedah dan siapa yang akan jadi pilihan mereka. Ketika itu, nama Marc Vales belum muncul.

Sebagaimana yang diketahui, Kedah telah melengkapkan senarai pemain tempatan dan menanti baki tiga lagi pemain import untuk melengkapkan senarai 30 pemain sebelum bermula saingan Liga Super musim depan.

Masih tiada khabar berita yang sahih daripada kem Kedah Darul Aman FC mengenai siapakah yang akan dibawa masuk melainkan khabar angin sahaja. Kouta import setakat ini telah diisi oleh dua pemain iaitu bek tengah, Jang Suk-won yang dibawa dari Melaka United dan pemain tengah Terengganu FC, Dechi Marcel.

Antara Stipe Plazibat, Dennis Buschening, Ronald Ngah & Sony Norde, Import Mana Kedah Akan ‘Angkut’?

Stipe Plazibat, Dennis Buschening, Ronald Ngah dan Sony Norde adalah antara nama yang pernah atau sedang dikaitkan dengan mereka. Namun, selagi tiada pengesahan rasmi, ia boleh dianggap sekadar khabar angin.

Mengikut ciapan Zulhelmi itu, Ronald Ngah dan Dennis Buschening nampaknya sudah didapatkan. Dan, Marc Vales dijangka akan melengkapkan senarai lima pemain import Kedah untuk saingan Liga Super musim depan.

Marc Vales merupakan seorang bek tengah dan boleh beraksi sebagai pemain tengah bertahan. Dijangkakan pengendali, Aidil Sharin Sahak mungkin mahu lebih mengukuhkan benteng apabila akan beraksi di AFC Cup 2022. Ini kerana, majoriti aksinya adalah di bek tengah tidak kira bersama Sandefjord, mahupun Andorra.

Ini menjadikan peluang Rodney Calvin dalam perbincangan dengan kemungkinan Jang Suk-won akan lebih mendapat peluang sebagai pemain utama – musim lalu beraksi semua perlawanan untuk Melaka United.

Marc Vales posisi
Posisi permainan Marc Vales. FOTO: Transfermarkt.com

Di saat ini, ini mungkin berita buruk buat Rodney Calvin, Syafiq Ahmad mungkin akan berasa lebih gembira. Tiada tambahan pemain import di jentera depan menjadikannya sebagai antara pilihan untuk mengemudi jentera serangan bersama Ronald Ngah. Begitupun, Syafiq Ahmad mendapat saingan Dennis Buschening.

Tetapi, sekiranya Aidil Sharin memberikan Dennis Buschening posisi yang ditinggalkan Kipre Tchetche, beliau dijangka akan menggerakkan jentera serangan di sebelah kiri. Dan Syafiq Ahmad akan berpeluang bermain di posisi terbaiknya, di belakang penyerang utama. Ini peluangnya untuk kembali mendapat minit permainan.

Adakah Marc Vales dimasukkan untuk posisi tengah bertahan? Boleh jadi juga kerana di posisi itu, Kedah hanya memiliki tenaga tempatan iaitu Asnan Ahmad, Amirul Hisyam dan Khairu Azrin Khazali yang dibawa masuk dari Penang FC. Melihat formasi yang boleh diketengahkan oleh Aidil Sharin, dua pemain tengah akan digunakan.

Formasi 4-2-3-1 bakal dipertaruhkan, jika Syafiq Ahmad mahu dimanfaatkan. Dechi Marcel sudah tentu akan mendapat tempat kerana kemampuannya merencana gerakan, mahu ditagih mereka. Dan seorang pemain tengah bertahan diperlukan mereka sama ada menggunakan pemain tempatan atau letakkan Marc Vales.

Adakah Marc Vales akan menjadi mimpi buruk buat Rodney Calvin dan berita baik buat Syafiq Ahmad?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN