Saingan Liga Super 2022 kembali bersambung pada malam esok menerusi dua perlawanan bakal dijalankan, dengan salah satu aksi tumpuan membabitkan Melaka United menentang Kedah Darul Aman (KDA).
Perlawanan bakal beraksi di Stadium Hang Jebat itu pastinya antara yang dinanti-nantikan para penyokong terutama peminat KDA yang pastinya mengharapkan pasukan kesayangan mereka kembali mencipta kemenangan.
Sang Kenari akan bertemu Melaka United FC esok! Pulun Kedah Pulun! ⚔ #ligasuper2022 pic.twitter.com/0KKl2Pqr6F
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) September 8, 2022
Prestasi semasa pasukan
Rekod pertemuan pada pusingan pertama saingan Liga Super sebelum itu menyaksikan KDA mengalami kekalahan di laman sendiri menerusi kebangkitan dicipta oleh Melaka dan ini pastinya mahu dilupakan terus oleh para penyokong KDA.
KDA yang kembali berada dalam momentum terbaik setelah menewaskan Penang sebelum itu pastinya mahu meneruskan rekod mereka untuk mencatat kemenangan pada aksi ini di gelanggang lawan.
Melaka United pula pasti mahu melupakan siri dua kekalahan besar lalu untuk kembali meraih kepercayaan para penyokong menerusi kemenangan di laman sendiri.
Marc Vales kembali raih perhatian penyokong
Antara pemain yang bakal memberi impak pada perlawanan malam esok pastinya terarah kepada pertahanan import KDA iaitu Marc Vales.
Pertahanan kebangsaan Andorra ini pada awal musim gagal untuk memenuhi jangkaan para penyokong dengan aksi yang baik, selain mengalami kecederaan berpanjangan yang mengakibatkan beliau sering diketepikan.
Player Of The Match! Well played, Marc Vales 5️⃣ ⚔
FT | KDA FC 1 – 0 PENANG FC
⚽ 56' Ronald Ngah Wanja#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #ligasuper2022 #KDAPEN pic.twitter.com/4AUYLBz0id
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) September 2, 2022
Namun, menerusi dua perlawanan sebelum ini ketika menentang Sabah dan Penang, Vales berjaya memberi impak sangat positif di barisan pertahan menerusi kualiti lebih baik dipamerkan.
Kekuatan fizikal, bacaan bola tepat, dan bijak meneutralkan kembali serangan lawan menjadi aset terbaik buat Vales ketika ini untuk membantu KDA.
Ronald Ngah Wanja
Dua jaringan berjaya dihasilkan oleh penyerang dari Cameroon ini sepanjang dua aksi membabitkan KDA dalam saingan Liga Super pastinya menaikkan semangat Ronald Ngah untuk terus meledak jaringan.
Penyerang ini juga antara sasaran kritikan para penyokong sebelum itu kerana ketumpulan beliau untuk meledak jaringan buat KDA selain agak longlai dalam permainan.
56' GOL | Ronald Ngah memecahkan kebuntuan di Stadium Darul Aman!@kda_fc 1-0 @Penang_FC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/3mtqBbtf9f
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 2, 2022
Namun, Ronald Ngah dilihat kembali berada di landasan sebenar untuk terus memberi nilai positif di bahagian serangan menerusi aksinya yang lebih meningkat daripada sebelum itu.
Ifedayo Olusegun
Musim ini bukanlah sesuatu yang baik buat bekas penjaring terbanyak saingan Liga Super musim lalu ini setelah Ifedayo agak sukar untuk terus menyesuaikan diri bersama Melaka United.
Namun sesuatu yang membuatkan beliau mencuri tumpuan ialah Ifedayo menjadi pemain yang pastinya digeruni oleh barisan pemain KDA, setelah pertemuan sebelum itu menyaksikan penyerang tersebut berjaya meledak dua jaringan di Stadium Darul Aman untuk mengesahkan kemenangan mereka.
38' GOL | Ifedayo Omosuyi menyudahkan hantaran Syazwan Andik untuk gol pendahuluan tuan rumah!@MelakaUnitedFC 1-0 @OfficialPahang #LigaSuper2022 pic.twitter.com/UmU2uKJN66
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 13, 2022
Kekuatan utama Ifedayo terletak pada kekuatan fizikal beliau yang baik untuk menewaskan pertahanan lawan serta sentiasa berada di kedudukan terbaik untuk menerima umpanan sebelum diterjemahkan dalam bentuk gol.