Bekas Pengendali West Ham United Sah Sertai Persib Bandung

Persib Bandung dilihat terus mengukuhkan pasukan mereka dari segala aspek setelah sebelum itu, kelab tersebut berjaya mendapatkan pengendali berpengalaman iaitu Luis Milla.

Setelah tampil dengan sedikit negatif pada awal musim ini dalam saingan Liga 1 Indonesia, kelab tersebut terus mengambil langkah cepat untuk mendapatkan pengendali baharu selepas Roberts Albert meletak jawatan selaku jurulatih.

Setakat ini kelab tersebut menduduki tangga ke-11 carta liga menerusi tiga kemenangan serta sekali seri untuk mengumpul 10 mata secara keseluruhan.

Pasukan kendalian Luis Milla ini juga berjaya memperoleh kemenangan terbaharu mereka dengan menewaskan Rans Nusantara FC dengan keputusan 2-1 pada beberapa hari lalu.

Untuk terus mengukuhkan skuad, kelab tersebut berjaya mendapatkan bekas pengendali West Ham United, iaitu Manuel Perez Cascallana de Ramon selaku pembantu jurulatih kepada Luis Milla untuk mengharungi saingan liga.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Manu itu, sebelum ini pernah menjadi pembantu jurulatih kepada salah satu kelab gergasi di India iaitu ATK Mohun Bagan.

Jurulatih muda ini juga dilihat memiliki banyak pengalaman berdasarkan beberapa kelab sebelum itu dilatih beliau untuk memberi manfaat terbaik buat pemain Persib.

Pengesahan pengendali tersebut menyertai Persib telah dibuat sebelum itu menerusi laman Facebook rasmi kelab tersebut semalam dengan ucapan selamat datang diberikan kepada Manu.

“Selamat datang diucapkan kepada jurulatih, Manuel Perez-Cascallana. Beliau akan menjadi membantu Luis Milla sebagai pembantu jurulatih Persib musim ini.

“Semoga kehadiran beliau dapat mengukuhkan lagi struktur permainan Persib musim ini,” jelas kenyataan tersebut.

Menerusi perkara tersebut, ini akan menjadikan kedua individu itu bekerjasama buat pertama kali bersama Persib Bandung untuk mempekuatkan pasukan.

Selepas bersara daripada menjadi pemain profesional, Manu tidak menunggu lama untuk terus mengikuti kursus kejurulatihan sehingga memenuhi syarat untuk melatih kelab lain menurut CNN Indonesia.

Kelab pertama yang dilatih oleh Manu ialah Las Rozas CF yang berpangkalan di Madrid, Sepanyol dengan beberapa pemain bertaraf bintang pernah dilahirkan di situ seperti bekas tonggak Barcelona, Munir dan Marcos Llorente.

Selepas tiga tahun mencurah bakti di sana, Manu berjaya melonjakkan namanya untuk melatih pasukan di England iaitu West Ham United.

Namun pengendali tersebut tidak melatih pasukan utama kelab berkenaan, sebaliknya diberi peranan untuk menaikkan bakat-bakat muda bersama skuad bawah 16 (B-16).

Manu sebelum ini tidak pernah merasai pengalaman melatih pasukan di Asia Tenggara, dan Persib Bandung menjadi destinasi pertama beliau dan ini pastinya menjadi sesuatu istimewa buat pengendali berasal dari Sepanyol itu.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN