Pertahanan import Kedah Darul Aman (KDA) musim ini iaitu Marc Vales melaungkan semangat yang tinggi untuk tampil lebih baik pada saingan Piala Malaysia 2022 yang bakal berlangsung malam esok.
KDA tampil selaku antara pasukan paling banyak bolos dengan melebihi 40 gol selain Melaka United, Sarawak United, dan Penang jelas memberi rasa bimbang dalam kalangan penyokong ketika ini.
⚔ Menjelang aksi pertama #TMPialaMalaysia2022 Sang Kenari menentang Negeri Sembilan FC ⚔
🏆 Pusingan 16: TM Piala Malaysia 2022
🆚 Negeri Sembilan FC
📆 26 Oktober 2022, Rabu
🕖 9.00 pm
🏟️ Stadium Darul Aman, Alor SetarLIVE di Youtube Unifi, UnifiTV pic.twitter.com/8bwPl67gKT
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) October 25, 2022
Untuk aksi Piala Malaysia ini, para penyokong mesti mengharapkan keputusan yang jauh lebih baik untuk berdepan Negeri Sembilan bagi terus melangkah lebih jauh dalam saingan tersebut.
Rekod terakhir dalam saingan Liga Super menyaksikan KDA tewas dengan jumlah bolos agak besar ketika berdepan pasukan tersebut, dan masalah itu jelas diharapkan para peminat agar sedia diatasi.
Menurut Vales, kesilapan yang dibuat oleh pasukan pada aksi-aksi lalu perlu diperbaiki segera untuk mengelakkan gawang KDA terus dibocori dan menyukarkan mereka untuk mencipta sesuatu lebih baik.
🔰 CARTA PENUH KEDUDUKAN LIGA SUPER 2022 SELEPAS SEMUA PERLAWANAN 🔰#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #ligasuper2022 pic.twitter.com/590fE2ATyW
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) October 15, 2022
“Kami tiada pilihan lain selain mengatasi setiap masalah serta kelemahan sebelum ini dalam usaha mengukuhkan semula benteng kami pada saingan Piala Malaysia kali ini.
“Sebaik tamat Liga Super, kami terus berkerja keras bagi memastikan masalah yang dihadapi tidak lagi berulang di mana Kedah kerap dibolosi dengan begitu mudah.
“Di bawah kendalian pemangku ketua jurulatih Victor Andrag, saya nampak pemain meletak harapan yang tinggi terhadapnya.
“Selepas saingan Liga Super, saya yakin pemain sudah berpengalaman dalam menyusun semula setiap perancangan yang akan dilakukan pada saingan Piala Malaysia kali ini.
“Perlawanan pertama di laman sendiri Rabu ini adalah peluang terbaik buat barisan pertahanan untuk membuktikan keupayaan kami di hadapan penyokong sendiri sebelum aksi timbal balik pada 1 November depan di tempat lawan,” kata Vales menerusi Berita Harian.
Pertahanan tersebut menjadi antara tonggak utama KDA musim ini dan berjaya mempamerkan aksi cemerlang pada pertengahan liga, setelah awal kedatangan Vales jelas menjadi mangsa kritikan segelintitr penyokong.
Selain Vales, KDA juga mempunyai beberapa lagi pemain tempatan yang berkualiti sebenarnya selaku pemain pertahanan pasukan seperti Rodney Celvin Akwensivie, Loqman Hakim, Akmal Zahir, serta beberapa lagi pemain muda.
Marc Vales bangkit dari episod suram untuk buktikan beliau adalah antara pemain tambatan Sang Kenari mengemudi bahagian benteng pertahanan yang lebih ampuh bersama rakan sepasukan.
Semalam merupakan gol pertama Marc Vales bersama Sang Kenari!
Keep it up Marc! pic.twitter.com/Dt49ARdj0W
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) September 15, 2022
Berdepan Negeri Sembilan pastinya menjadi tugas getir buat KDA untuk melakar sesuatu lebih baik setelah tampil dengan agak mengecewakan pada saingan Liga Super dan kejohanan Piala FA 2022.