Marah Dengan Filem ‘Mengarut’ Man. City, Kenapa Mourinho Tetap Minta Baju Sebagai Royalti?

Jose Mourinho antara watak yang kita gemari di skrin namun malangnya beliau tak suka berlakon tanpa kerelaannya.

Beliau tak gembira ‘berlakon’ dalam filem dokumentari Pep Guardiola dan Manchester City berjudul All or Nothing: ­Manchester City.

Mourinho menganggap siri dokumentari 8 episod itu sebagai satu penghinaan dan mengarut walaupun ia cuba mempromosi pertarungan bola sepak England di bandar Manchester.

Beliau juga menyatakan Manchester City hanyalah kelab yang ada duit tetapi tak ada ‘class’.

Mourinho juga menganggap Manchester City terdesak menggunakan beliau untuk melariskan penjualan siri tersebut selepas berbelanja besar untuknya.

Manchester City dilaporkan membayar £10 juta untuk dokumentari ini bagi membolehkan krew kamera Amazon ada akses kepada Guardiola dan para pemain Man. City ketika menjuarai EPL dan Piala Carabao.

Kamera merakamkan suasana di bilik persalinan, taklimat sebelum, ketika dan selepas perlawanan. Seterusnya, sesi taklimat taktikal oleh Guardiola dan staf kejurulatihan.

Krew juga diberikan akses untuk merakam kehidupan peribadi bintang seperti Kompany dan Aguero.

Selain itu, Mourinho mahu meminta royalti. Sebagai ganti beliau tidak meminta royalti wang tetapi meminta baju-t, ‘Kami melakukannya (juarai EPL) pada hari derbi’.

Hari di mana kejuaraan mereka ditangguhkan Manchester United ketika itu.

Beliau menjelaskan kenapa beliau ada dalam dokumentari ‘merepek’ itu, dan berkata:

“Kamu semua tahu cerita itu tak akan laku. Jadi mereka perlukan saya ada di dalamnya jadi pelaris.”

“Saya tak tengok lagi cerita itu tetapi saya sudah tahu beberapa perkara dalam cerita itu.”

“Reaksi saya adalah, jika kamu kelab kaya, kamu boleh membeli mana-mana pemain tetapi kamu tidak boleh membeli ‘class’. Itulah pandangan pertama saya.”

“Pandangan kedua, saya berhak mendapat royalti kerana ada dalam filem itu.”

“Namun jika mereka menghadiahkan saya baju-t’ “We did it on Derby Day’ yang mereka sediakan di terowong hari itu, saya berjanji tak akan menuntut royalti kemunculan dalam filem itu.”

Manchester City mendahului 2-0 di Old Trafford pada hari mereka boleh mengesahkan kejuaraan EPL 2017/18, namun Pogba dan Smalling ‘mensabotaj’ keraian awal mereka dengan gol pada separuh masa kedua.

Mourinho juga marah dengan suara pencerita, Ben Kingsley yang berkata:

“Ianya Guardiola vs Mourinho sekali lagi, peguasaan bola vs pertahanan, bola sepak menyerang vs ‘park-the-bus’.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN