Maradona Tawarkan Diri Urus Argentina Percuma, Minta AFA Pecat Sampaoli

Diego Maradona berang dengan prestasi Argentina dalam Piala Dunia 2018 dan beliau sekali lagi menyerang Jorge Sampaoli di media.

Maradona meminta AFA memecat Sampaoli dan melantik beliau sebagai pengurus baharu. Maradona tidak akan mengambil sebarang bayarang untuk tugasan itu.

Argentina gagal melepasi cabaran 16 pasukan akhir dan bergelut untuk melepasi peringkat kumpulan meskipun ada bintang seperti Lionel Messi.

Masa depan Sampaoli kini menjadi tanda tanya. Sampaoli tidak mahu meletakkan jawatan beliau walaupun selepas kegagalan dalam kempen Piala Dunia.

AFA dijangka akan memutuskan masa depan Sampaoli dalam masa terdekat ini. Ramai menjangkakan Sampaoli akan ditamatkan perkhidmatan. Maradona menawarkan dirinya dan berkata:

“Ya, saya sanggup melakukan kerja itu tanpa sesen bayaran. Dan saya tidak akan meminta sebarang pulangan yang lain juga.”

Maradona sebelum ini sangat bengang dengan Sampaoli dan memberikan amaran agar jurulatih itu tidak menjejakkan kaki ke Argentina selepas tewas di tangan Iceland.

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 16: Hannes Halldorsson of Iceland saves a penalty from Lionel Messi of Argentina during the 2018 FIFA World Cup Russia group D match between Argentina and Iceland at Spartak Stadium on June 16, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Sebagai rekod, Maradona pernah mengendalikan Argentina pada 2010 dan bersama pasukan tersebut dalam Piala Dunia 2010.

Namun Maradona gagal memberikan lebih impak sepertimana beliau menjadi pemain dahulu. Argentina tewas 4-0 di tangan Jerman pada suku akhir.

Maradona memang dikenali dengan sikapnya yang sangat bersemangat menyokong Argentina. Beliau dikenakan tindakan oleh FIFA kerana terlalu teruja dan mengajukan jari tengah dalam aksi Argentina menentang Nigeria.

FIFA menarik semula perlantikan beliau sebagai duta berbayar untuk Piala Dunia 2018. Di mana Maradona dibayar £10,000 untuk setiap kehadiran beliau dalam perlawanan Piala Dunia 2018.

Beliau juga mengalami komplikasi kesihatan kerana terlalu ghairah menyokong Argentina.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN