Ronaldo Bakal Ke Juventus Dengan Nilai €100 Juta?

Masa depan Cristiano Ronaldo di Real Madrid kini menjadi perbualan hangat. Beliau sebelum ini dilaporkan menolak beberapa cadangan kontrak baharu oleh Real Madrid dan meminta beberapa improvisasi dalam butiran kontrak.

Tiada persetujuan baru dicapai oleh kedua-dua pihak setakat ini. Presiden Real Madrid, Florentino Perez dikatakan setuju untuk menerima bidaaan €100 juta ataupun £88 juta untuk superstar mereka itu.

Beberapa bulan lalu, Florentino Perez menyatakan yang mereka hanya akan melepaskan Ronaldo dengan harga €1 billion (£883 juta) seperti yang termaktub dalam klausa perlepasan.

£88 juta adalah angka yang agak baik untuk pemain yang sudah berusia 33 tahun itu. Laporan La Sexta menyebut, Juventus sanggup membayar Ronaldo €500,000.00 seminggu untuk durasi kontrak sepanjang 4 tahun.

Di Itali, Tutosport juga melaporkan Juventus serius mahu membayar angka besar untuk Ronaldo dan menyediakan €120 juta untuk pemain tersebut.

Ronaldo adalah legenda di Real Madrid dan memenangi 4 UCL bersama-sama kelab tersebut dengan banyak lagi kejayaan berpasukan dan individu yang lain beliau catatkan.

Ronaldo baru menamatkan tugasan beliau bersama-sama dengan skuad kebangsaan Portugal untuk tugasan Piala Dunia selepas mereka disingkirkan oleh Uruguay dalam peringkat 16 pasukan.

Adakah Ronaldo akan menerima tawaran daripada Juventus seperti yang dikhabarkan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN