Legenda bola sepak dunia, Diego Maradona pernah berpesan kepada beberapa orang rakannya supaya mayatnya diawet agar dirinya boleh kekal dilihat oleh peminat bola sepak sampai bila-bila.
Maradona meninggal dunia Rabu lalu pada usia 60 tahun kerana serangan jantung.
Hasrat tersebut dinyatakan oleh pemenang Piala Dunia 1986 itu kepada Martin Arevalo, wartawan bola sepak yang sangat rapat dengannya.
“Pada mulanya datang idea untuk membina tugu berupa dirinya, tetapi dia kata ‘Tidak, saya mahu mereka mengawet saya’,”, ujar Arevalo dalam temubualnya bersama TyC Sports.
https://twitter.com/Wishfmradio/status/1332365120887009281?s=20
“Beliau mengatakan mahu dirinya kekal bersama kita buat selamanya.”
Dalam sejarah peradaban Argentina moden, dua tokoh yang pernah diawet adalah bekas presiden Juan Peron dan isterinya Eva Peron.
Seorang lagi saksi yang mengakui tentang perkara tersebut adalah peguam peribadinya, Matias Morla yang mendakwa bekas pemain Napoli dan Argentina itu ada menulis permintaan tersebut dalam satu nota pada 13 Oktober lalu.
Bagaimanapun ahli keluarga Maradona memutuskan untuk mengabaikan permintaan tersebut dan legenda Argentina itu dibumikan bersebelahan dengan pusara ibu bapanya di sebuah tanah perkuburan di Buenos Aires.
BUENOS AIRES: Remarkable scenes as hundreds of thousands of people line the highways and streets, stand of roofs and overpasses, to wave goodbye to Diego Maradona as his funeral procession passes. pic.twitter.com/ry1lLteygw
— Gabriel Elizondo (@elizondogabriel) November 26, 2020
Kira-kira 10,000 orang peminat setia Maradona hadir untuk ke upacara penghormatan terakhir idola mereka di istana presiden pada Khamis yang memerlukan kawalan pihak berkuasa keselamatan melakukan pengawasan ketat di pusat bandar.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Diego Maradona:
Santokh, Soh Chin Aun Terkenang Saat Bertentang Mata Dengan Maradona
Peter Shilton: Maradona Pemain Yang Hebat, Tapi Tiada Semangat Kesukanan