Maradona: “Messi Kecewa Dengan Pengkhianat Dalam AFA Dan Mascherano”

Messi

Diego Maradona memberitahu media bahawa Lionel Messi kecewa dengan pengkhianat dalam AFA dan juga sikap pemain senior Javier Mascherano.

Diego Maradona menegaskan sekali lagi bahawa Lionel Messi tak perlu kembali semula ke pasukan kebangsaan Argentina.

Ini kerana beliau hanya akan sentiasa menjadi kambing hitam kegagalan AFA. Selain itu Maradona kesal dengan tindakan Mascherano yang tidak mengambil tanggungjawab mempertahankan rakan sepasukannya.

Maradona juga menganggap AFA (Argentia FA) penuh dengan pengkhianat di dalamnya. Itu yang membuatkan Messi kata dua untuk kembali ke dalam pasukan.

Messi memikirkan soal penyokong dan rakyat Argentina. Pada masa yang sama dia tak begitu gembira dengan AFA.

AFA memang terkenal dengan korupsi dan salah laku. Namun seringkali ditutup oleh kejayaan Argentina melahirkan pemain bintang dalam bola sepak.

Messi kini masih dalam pertimbangan sama ada mahu terus bersama pasukan kebangsaan ataupun bersara daripada peringkat antarabangsa. Ini selepas kegagalan Argentina mara lebih jauh di Piala Dunia lalu.

Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni sebelum ini menyatakan yang Messi masih dalam senarai untuk pasukannya dan menunggu pemain itu masa untuk berehat daripada kem Argentina.

Scaloni mengesahkan selagi-lagi Lionel Messi tak umumkan persaraan selagi itu jersi no.10 tak akan diberikan kepada pemain lain.

Messi sudah ada 128 kaps bersama skuad kebangsaan ketika ini. Dan Maradona meminta pemain itu untuk tidak patah balik.

Former Argentinian footballer and manager Diego Armando Maradona (L) holds a press conference where he was announced as the upcoming manager for second-division Emirati football club Fujairah FC, in the Gulf emirate of Fujairah on May 14, 2017. / AFP PHOTO / STRINGER (Photo credit should read STRINGER/AFP/Getty Images)

Maradona memberikan sokongan penuh kepada Lionel Messi. Beliau berkata:

“Kita semua (orang Argentina) akan bersedih kerana tiada pemain lain seperti Messi. Namun jika Messi jatuh, AFA pun jatuh.”

Maradona juga mengkritik Mascherano. Dan merasakan pemain itu seharusnya lebih tegas mempertahankan pemain lain dalam pasukan sebab dia adalah pemain senior.

“Senang kita nak cakap, ini semua salah Messi. Namun benda macam ini akan ‘membunuh’ pemain ini.”

“Ianya juga akan membunuh saya, ini kerana jika mereka betul-betul sayangkan Messi, mereka patut tampil mempertahankan beliau.”

Tahun lalu, Messi telah mengambil tindakan berani menyatakan secara terbuka yang para pemain Argentina memboikot wartawan sementara waktu kerana ada media yang menghukum Lavezzi sebelum pemain itu didapati bersalah dalam kes melibatkan marijuana.

Itu yang Maradona mahu Mascherano lakukan kepada Lionel Messi.

“Saya silap tentang Mascherano. Saya ingatkan dia seorang pemimpin. Hari ini saya harus katakan yang Mascherano bukannya seperti yang saya sangka sebelum ini. Namun kesilapan itu sepenuhnya pada saya, bukannya dia (Mascherano).”

Sebelum ini Maradona menyatakan dia mahu kembali melatih Argentina. Namun kini beliau menyatakan dia tak mahu kembali dan menarik semula niatnya itu.

“Saya tak nak kembali ke sana. Saya tak sabar melihat pasukan kebangsaan melakukan banyak perkara dengan beberapa orang pengkhianat di dalamnya. Saya tak ingin nak kembali.”

“Saya cuma mahukan AFA yang baharu. Namun kini kita ada Claudio Tapia. Saya silap dalam hal ini. Dia merayu saya memberikan sokongan kepadanya. Dan saya katakan ‘ya’.”

“Dia banyak berjanji dengan saya nak buat macam-macam perkara tetapi dia tak buat apa-apa. Dia tak ada hubungi saya lagi sekarang. Itulah sikap pengkhianat, dan saya suka meludah muka pengkhianat.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN