AXA KVL M5: Gombak FA Kekalkan Rentetan Kemenangan Selepas Tewaskan Rose FC 2-0

Gombak FA

Dua jaringan di babak pertama membantu Gombak FA bagi meraih kemenangan 2-0 bertemu Rose FC dalam saingan kumpulan A AXA KVL M5 yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Perdana, malam tadi.

Gombak FA yang segar dengan kemenangan minggu lalu mendominasi aksi di babak pertama dengan melancarkan beberapa serangan ke arah kubu Rose FC.

Gol pembukaan perlawanan terhasil pada minit ke-14 berikutan kesilapan penjaga gol Rose FC, Muhammad Asymawi Ramli gagal menangkap kemas bola yang kemudiannya terkena palang gol bagi membuka ruang buat ketua pasukan Gombak FA, Qamarul Ariffin Norhisham membuka tirai jaringan.

Jaringan tersebut ternyata menjadi tonik berguna buat Gombak FA untuk terus menambah jaringan.

Menerusi hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol Rose FC oleh Furqan Azri kepada Muhammad  Faizal Haziq Omar hampir menjadikan kedudukan 2-0 tetapi rembatan Faizal sekadar meliar melewati palang gol.

Faizal menebus kesilapannya pada minit ke-21 selepas beliau yang berjaya melepasi kawalan dua pemain pertahanan Rose FC melepaskan rembatan deras dalam kawasan penalti bagi membocori gawang lawan buat kali kedua.

Rose FC yang cuba mengimbangi asakan yang dilancarkan Gombak FA dan mendapat peluang pada minit ke-30 menerusi Muhammad Aizat Shaharuddin.

Percubaan dari luar kawasan penalti itu bagaimanapun mudah ditangkap kemas penjaga gol Gombak FA, Jamalulail Hassan.

Permainan di babak kedua memperlihatkan Rose FC meningkatkan aksi mereka dengan melancarkan gerakan-gerakan menarik bagi memecah kubu Gombak FA.

Penyudah kurang berkesan bagaimanapun masih belum mampu menghasilkan jaringan yang diharapkan. Begitu juga serangan yang dicipta Gombak FA.

Keputusan 2-0 kekal hingga tamat permainan untuk memberikan kemenangan ketiga buat Gombak FA dengan meraih sembilan mata daripada empat perlawanan yang dilalui.

Statistik perlawanan

Pemain terbaik perlawanan: Qamarul Ariffin Norhisham (Gombak FA)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN