AXA KVL M5: Jaringan Tunggal Joshua Lee Hadiahkan Kemenangan Ketiga Buat Level Up FC

Level Up FC

Jaringan tunggal menerusi sepakan penalti yang dihasilkan Joshua Lee Chia Chen sudah cukup buat Level Up FC bagi mencatatkan kemenangan ketiga dalam saingan kumpulan B AXA KVL M5 selepas menundukkan Ampang United 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Perdana, malam tadi.

Beraksi di permukaan padang basah akibat hujan lebat yang menimpa Ampang sebelum perlawanan tidak menjejaskan aksi kedua-dua pasukan untuk mempamerkan aksi baik dengan hantaran-hantaran kemas.

Bagaimanapun, ia belum cukup untuk memberikan ancaman yang benar-benar berbahaya buat lawan masing-masing.

Hanya percubaan awal di minit ke-7 oleh Muhammad Azhar Mohamad Arif yang berjaya melepasi perangkap ofsaid sedikit mencemaskan Level Up FC.

Penjaga gol Level Up FC, Rajkumar Thangavelu bagaimanapun bertindak cemerlang setelah berjaya menafikan rembatan jarak dekat oleh Azhar bagi menyelamatkan keadaan.

Berselang lima minit selepas perlawanan kembali bersambung, pemain pertahanan, Ashvin A/L Sivakumar melakukan sepakan percuma yang cukup baik ke arah pintu gol Ampang United.

Peluang tersebut disia-siakan apabila tiada rakan sepasukannya melakukan tindakan susulan yang sekaligus terus ditumbuk keluar penjaga gol Ampang United, Ameer Faizullah Muhammad.

Kekasaran yang dilakukan Ameer Faizullah terhadap Matthew Devaraj Victor dalam kotak penalti memaksa pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti buat Level Up FC.

Joshua Lee yang mengambil sepakan tidak berdepan masalah untuk menewaskan Ameer bagi membuka tirai jaringan pada minit ke-57.

Tersentak dengan jaringan penalti tersebut, Ampang United bingkas melancarkan serangan untuk kembali memadam kelebihan satu jaringan yang terhasil itu.

Usaha tersebut hampir membuahkan hasil selepas pemain tengah, Adib Yaakob meledakkan rembatan padu dari luar kotak penalti, namun Rajkumar lebih tangkas menepis rembatan tersebut.

Serangan yang dijelmakan Ampang United pada lewat permainan masih belum cukup untuk menghalang kemenangan 1-0 Level Up FC yang sekaligus meletakkan skuad bimbingan Ganeson Poologanathan itu berada di tangga teratas kumpulan B buat seketika.

Statistik perlawanan

Pemain terbaik perlawanan: Joshua Lee Chia Chen (Level Up FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN