Maradona: “Messi Bukan Pemimpin, Dia Ke Tandas 20 Kali Sebelum Sepak Mula”

Maradona sekali lagi menegaskan yang Messi bukan pemimpin. Maradona meminta agar mereka yang menganggap Messi pemimpin sejati untuk berhenti ‘mendewakan’ pemain itu.

Lionel Messi antara pemain terbaik sepanjang zaman. Namun beliau banyak dikritik ketika bersama skuad kebangsaan.

Minggu lalu Maradona menganggap Messi sebagai kambing hitam AFA dan meminta pemain itu bersara dan jangan kembali lagi ke Argentina.

Maradona menyatakan Messi tak sepatutnya dikritik kerana kegagalan pasukan. Sedangkan yang rosak adalah AFA dan beberapa pengkhianat dalam bola sepak Argentina

Terbaru Maradona bengang dengan beberapa pihak yang terlampau menyanjung Messi dan menggelarkan Messi adalah kapten sebenar.

Messi sudah menjadi kapten sejak 2011. Namun begitu Maradona menganggap Messi bukan pemimpin.

Dan pada masa yang sama Maradona tetap berpendapat Messi adalah setaraf Cristiano Ronaldo sebagai terbaik di dunia, meskipun Messi bukan pemimpin sejati.

“Messi adalah pemain yang hebat. Namun Messi bukan pemimpin.”

“Sebelum bercakap dengan jurulatih dan pemain lain, beliau akan bermain Playstation dahulu. Dalam padang dia mahu menjadi pemimpin.”

“Dia terbaik di dunia bersama-sama dengan Cristiano (Ronaldo).”

“Bagi saya, sia-sia untuk menjadikan seorang itu pemimpin apabila dia pergi ke tandas sebanyak 20 kali sebelum perlawanan. Memang tak sepatutnya.”

“Berhenti menggelar Messi sebagai ‘God’. Beliau hanyalah pemain Argentina sama seperti pemain yang lain.”

“Kalau saya, saya tak akan panggil dia buat masa ini. Dia perlu meredakan tekanan yang ada padanya.”

“Kita harus mengeluarkan tanggungjawab pemimpin daripada Messi supaya dia menjadi Messi yang kita semua mahu lihat.”

Kritikan Maradona ini mengundang kemarahan ramai penyokong Argentina. Mereka meminta agar Maradona tidak mengeluarkan kenyataan yang melampau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN