Aksi saingan Liga Super terus bersambung dengan melibatkan satu perlawanan sahaja malam ini iaitu membabitkan pertemuan antara Sri Pahang dan Kuala Lumpur City (KL City).
Saingan yang bakal berlangsung di Stadium Darul Makmur itu menyaksikan KL City berpeluang untuk kembali memintas Kedah Darul Aman (KDA) di kedudukan lima terbaik carta liga sekiranya mereka berjaya menewaskan Sri Pahang.
Hari perlawanan LS18!
Sri Pahang FC akan melayan kunjungan Kuala Lumpur City FC di Stadium Darul Makmur.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/JBfBohlNbl
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 11, 2022
Pasukan tuan rumah juga pastinya sudah mencongak peluang untuk merampas posisi tersebut setelah perbezaan mata mereka bersama KDA dan KL City juga tidak jauh dari segi jurang ketika ini.
KL City pastinya bakal tampil dengan motivasi terbaik mereka setelah kejayaan sebelum itu dalam saingan Piala AFC baru-baru ini.
Untuk Sri Pahang, aksi kebangkitan perlu dilakar mereka setelah sebelum itu mereka mencatat kekalahan di tangan Terengganu.
Ini ada tiga pemain yang dijangka bakal memberi impak untuk pasukan masing-masing pada perlawanan malam esok.
Manuel Hidalgo
Pemain serangan Sri Pahang ini antara paling konsisten bersama pasukan dalam setiap perlawanan dihadapi sejak permulaan awal musim.
Bekas tonggak Benfica ini menjadi nadi utama buat Sri Pahang ketika mereka dalam situasi menyerang menerusi kelincahan dan visi beliau yang amat berkualiti.
47' GOL | Manuel Hidalgo meletakkan Sri Pahang FC di hadapan!@OfficialPahang 1-0 @FCTerengganu #LigaSuper2022 pic.twitter.com/Wq7C9b1GBB
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 21, 2022
Walaupun baru berusia 23 tahun, aksi Hidalgo dilihat sangat matang di atas padang dengan berupaya untuk mengatur rakan sepasukan lain bergerak agar selaras dengan kehendak beliau untuk mencipta sesuatu.
Paulo Josue
Pemain tengah menyerang ini sekarang sedang berada dalam prestasi terbaik bersama KL City menerusi sumbangan yang diberi dalam beberapa perlawanan sebelum itu.
Josue merupakan pemain kunci utama dalam segala bentuk serangan yang dicipta KL City dan gerakan beliau sentiasa boleh memberi ancaman besar kepada pasukan lawan, sekiranya tidak dijaga dengan rapi.
61’ GOL | Akram Mahinan menanduk masuk sepakan percuma Paulo Josue untuk gol kedua KL City!@SabahFCofficial 1-2 @KLCityFootball #LigaSuper2022 pic.twitter.com/NN3DanVafp
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 1, 2022
Kelebihan Josue terarah kepada kualiti sepakan percuma beliau yang sentiasa tepat kearah sasaran, serta memiliki kreativiti untuk mencipta serangan buat pasukan.
Giancarlo Gallifuoco
Bekas pertahanan Tottenham Hotspurs ini menjadi antara pemain paling menyerlah pada perlawanan lalu ketika menentang ATK Mohun Bagan dalam saingan AFC.
Gandingan beliau bersama Irfan Zakaria berjaya membentuk suatu kombinasi yang sangat baik untuk menyerap segala bentuk asakan lawan serta menenangkan kembali keadaan.
4’ GOL | Tandukan Giancarlo Gallifuoco meletakkan KL City di hadapan!@SabahFCofficial 0-1 @KLCityFootball #LigaSuper2022 pic.twitter.com/MsACSrUOZ5
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 1, 2022
Kelebihan Giancarlo terarah kepada kekuatan fizikal beliau untuk berhadapan pemain serangan lawan dan pakar ketika situasi ‘aerial duel’ selain mampu meledak gol menerusi sepakan percuma.