Pemain Barcelona Dan Cadiz Terutama Ladesma Dipuji Atas Sikap Mulia Yang Dipamerkan

Pemain-pemain Barcelona dan Cadiz terutama Jeremias Ledesma telah dihamburkan pujian yang menggunung atas sikap mulia yang mereka persembahkan terhadap seorang peminat.

Penjaga gol Cadiz, Jeremias Ledesma berlari pantas membawa defibrillator untuk diberikan kepada para medic yang sedang memberi bantuan kecemasan kepada salah seorang penonton di stadium.

Insiden tersebut berlaku pada minit ke-85 permainan dalam aksi perlawanan La Liga yang menemukan antara Barcelona bertemu Cadiz.

https://twitter.com/Reinaldodcg9/status/1568669282212679680?t=Ueix6kG37Nnl3UW9pY0Vwg&s=19

Barca pada ketika itu sedang mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0, dan salah seorang penyokong dengan tiba-tiba rebah di tempat duduk penonton.

Insiden tersebut juga turut mengakibatkan pengadil perlawanan menghentikan permainan buat seketika bagi memastikan penyokong tersebut mendapat bantuan.

Paramedics bergegas memberi bantuan kepada penyokong tersebut, dengan penjaga gol Cadiz, Ledesma dilihat berlari pantas mengambil defibrillator lalu menghantar kepada petugas medic yang ketika itu sedang merawat mangsa.

Perlawanan dihentikan dan boleh dikatakan seluruh stadium sunyi sepi kerana bimbang dengan tahap keselamatan penyokong yang sudah rebah itu.

Pemain Barcelona, Ronald Araujo dilihat berdoa di tengah padang, sementara penjaga gol, Marc Andre Ter Stegen juga dilihat menunjukkan reaksi yang beliau sangat risau tentang keadaan penyokong tersebut.

Pada awalnya para pemain sekadar berdiri melihat bagaimana petugas keselamatan memberikan bantuan kepada penyokong tersebut, dengan pengadil kemudiannya memberhentikan permainan dan mengarahkan semua pemain kembali ke bilik persalinan.

Para penyokong memuji dan turut merasa terharu melihat bagaimana semangat dan sikap terpuji yang dipamerkan oleh para pemain kedua-dua pasukan ketika berlakunya insiden tersebut.

Para pemain kedua-dua pasukan menunjukkan bagaimana keindahan sebenar dunia bola sepak.

Akaun twitter rasmi Barcelona kemudiannya memuat naik status mengesahkan yang perlawanan kembali bersambung pada jam 9:05 minit malam (waktu Sepanyol).

Ketika perlawanan dihentikan, Barcelona sudah mendahului 2-0 hasil gol yang dijaringkan oleh Frenkie de Jong dan Robert Lewandowski.

Sebaik perlawanan kembali bersambung, Barcelona berjaya memperoleh dua lagi gol hasil jaringan Ansu Fati dan Ousmane Dembele.

Barcelona berjaya mengesahkan kemenangan 4-0 menewaskan Cadiz, seterusnya mengukuhkan kedudukan mereka di tempat pertama dalam carta saingan La Liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN