Manuel Hidalgo Akui Kekalahan Lalu Beri Rasa Pahit Buat Kedah

Penyerang lincah Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Manuel Hidalgo mengakui mahu mencipta kembali kebangkitan beliau bersama pasukan pada aksi malam ini berdepan Negeri Sembilan di Paroi.

Dalam aksi yang akan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR) itu, Hidalgo pastinya tidak rela untuk terus mencatat kekalahan bersama Sang Kenari, setelah dikecewakan pada perlawanan lalu.

Aksi sebelum ini menyaksikan Kedah terpaksa menelan kekalahan ketiga mereka musim ini dalam aksi Liga Super, setelah pasukan tersebut ditumpaskan oleh Kuala Lumpur City (KL City) di gelanggang sendiri.

Untuk aksi malam ini di Paroi, kebangkitan segera perlu dilakukan oleh Kedah jika mereka tidak rela untuk terus keciciran mata yang hanya akan merugikan kedudukan semasa dalam saingan liga.

Jelas Hidalgo, beliau nekad untuk memberikan segalanya terbaik bagi memastikan Sang Kenari kembali bangkit daripada kekecewaan dalam dua perlawanan sebelum itu yang berakhir dengan kekalahan.

“Selepas dua kali tewas sebelum ini, kami sangat kecewa dan berazam bangkit semula membuktikan kemampuan sebenarnya untuk terus memberi saingan dalam kelompok lima pasukan teratas.

“Memang kekalahan lalu begitu pahit buat kami, dan aksi berdepan Negeri Sembilan FC peluang untuk kami kembali bangkit.

“Justeru, kami perlu bersedia dan tidak boleh melepaskan sebarang peluang kerana pihak lawan pasti akan menghukum kami apatah lagi mereka beraksi di laman sendiri,” katanya menerusi Harian Metro.

Hidalgo menjadi antara pemain import baharu yang menyertai Sang Kenari musim ini, selepas beliau cemerlang sebelum itu bersama Sri Pahang di posisi serangan.

Musim ini, Hidalgo telah pun meledak dua gol serta dua bantuan jaringan daripada sembilan perlawanan dihadapi pemain berkenaan dalam saingan liga.

Walaupun begitu, aksi yang dipamerkan oleh Hidalgo secara keseluruhan masih lagi kurang memuaskan dengan persembahan beliau bersama Kedah tidak seperti musim-musim lalu ketika mewakili Sri Pahang.

Ketika ini, Hidalgo bersama rakan sepasukan lain telah pun meletakkan Kedah di kedudukan kelima hasil daripada lima kemenangan, satu kekalahan serta tiga kali tewas.

Kemenangan malam ini sangat ditagih Kedah jika mereka ingin berjuang untuk merebut tangga teratas Liga Super musim 2023.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN