Posisi jurulatih utama Indonesia kini semakin panas dengan beberapa nama pengendali berpengalaman mula dikaitkan untuk menyertai negara tersebut pada tahun hadapan dengan beberapa kejohanan besar menanti.
Terbaharu, pengendali Thailand iaitu Alexandre ‘Mano’ Polking dikaitkan bakal menjadi ketua jurulatih baharu untuk Indonesia, selain beberapa negara lain turut berminat mendapatkan khidmat beliau.
Mano Polking Diklaim Dikontak Timnas Indonesia https://t.co/wwIbUKH4TS
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) April 17, 2023
Ketika ini, masa depan pengendali dari Brazil itu masih belum pasti akan terus bersambung atau tidak bersama Indonesia kerana Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) masih lgi belum menawarkan sebarang kontrak baharu kepada beliau.
Untuk info, kontrak Polking bersama Thailand bakal tamat pada penghujung tahun ini dan ianya sama situasi seperti pengendali Indonesia iaitu Shin Tae-yong yang turut akan berakhir seperti beliau.
Sebelum itu, Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir menyatakan akan membuat perjumpaan khas bersama Shin dalam masa terdekat.
Tujuan perjumpaan itu dikatakan untuk berbincang mengenai hala tuju pengendali dari Korea Selatan itu bersama Indonesia pada masa akan datang selain isu kontrak baharu.
Tetapi, beberapa kenyataan yang dikeluarkan media sosial menyatakan PSSI kini turut giat mengintai beberapa jurulatih baharu untuk memperkuatkan kembali Indonesia sebagai salah satu kuasa besar Asia Tenggara dalam sukan bola sepak.
Antara nama yang hangat diperkatakan sebelum itu ialah bekas pengendali Vietnam, Park Hang-seo sebelum ianya dinafikan sendiri oleh Erick dengsn menyatakan ianya cuma khabar angin.
“Sehingga kini, saya tidak pernah bercakap atau berbincang dengan sesiapa pun, demi Allah. Mana-mana jurulatih pun saya tak pernah bercakap lagi sehingga kini,” jelas Erick.
Terkini, nama Polking juga telah dikaitkan bersama Indonesia selain beberapa pasukan Asia Tenggara lain turut mengintai peluang untuk cuba mendapatkan jurulatih tersebut menerusi laporan dikeluarkan oleh CNN Indonesia.
Alexandre 'Mano' Polking is 🇹🇭 Thailand's new head coach!
Polking returns after previously serving as Thailand assistant coach under Winfried Schäfer in 2012. pic.twitter.com/g51GIzvnPy
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) September 28, 2021
Berdasarkan reputasi semasa yang dimiliki oleh Polking bersama Thailand, maka tidak hairan mengapa nama beliau menjadi rebutan banyak negara-negara lain yang pastinya menginginkan sentuhan magis daripada jurulatih berkenaan.
Apapun, PSSI masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi untuk mengesahkan khabar berkenaan, dan tumpuan pastinya ingin diberikan kepada Shin yang masih mempunyai kontrak bersama mereka sehingga penghujung musim 2023.