Maniam Enggan Layan Desakan Letak Jawatan Daripada Penyokong Selangor

Selepas mencatat 2 kekalahan kepada Terengganu FC dan Pahang dalam saingan Liga Super, kedudukan pengendali skuad The Red Giants, P. Maniam berada dalam bahaya apabila timbul desakan daripada penyokong yang mahu beliau letak jawatan dengan segera.

Mengulas mengenai desakan tersebut, pengendalinya, P Maniam enggan layan dan menekan butang panik.

Berkata kepada Sinar Harian, beliau menerima apa sahaja kritikan dari penyokong untuk terus bekerja keras di masa akan datang kerana beliau percaya skuad kendaliannya mampu bangkit pada aksi seterusnya.

“Biasalah, penyokong mempunyai pendapat mereka sendiri, jadi kami perlu menerima apa yang diperkatakan oleh penyokong kerana ini sesuatu perkara yang normal.

“Lepas dua kekalahan, memang ada sedikit kekecewaan, tetapi ini lumrah bola sepak. Saya percaya selepas kalah dalam dua perlawanan kami mampu bangkit dalam perlawanan seterusnya.

“Dengan pemain berpengalaman seperti Amri Yahyah, Razman Roslan dan Rufino Segovia saya tahu pemain-pemain saya akan bangun semula selepas dua kali dikecewakan,” katanya.

Selangor mencipta kemenangan ke atas Melaka United 4-1 minggu lalu. FOTO: FA Selangor, Facebook.

Maniam turut berkata beliau kecewa dengan prestasi pemain importnya, Alfonso de la Cruz yang melakukan kesilapan mudah sehingga memaksa beliau membuat pertukaran di separuh masa pertama dengan memasukkan pemain import Indonesia, Ilham Udin Armaiyn.

“Keseluruhan, Alfonso memang bekerja keras, tetapi dia tidak melakukan tugasnya untuk ‘build up’ bola dari bawah dan seolah-olah tidak berfungsi.

“Sebab itulah saya masukkan Ilham dan boleh dilihat kami beraksi lebih baik selepas itu. Cuma beberapa kesilapan di barisan pertahanan menggagalkan usaha kami untuk bangkit mencatat kemenangan,” katanya lagi.

Selepas ini, Selangor akan menentang pasukan dari Piala FAM, MOF FC di pusingan kedua saingan Piala FA pada hari ahad ini. Menurut jadual, perlawanan ini akan dilangsungkan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Kejohanan Piala FA kali ini menawarkan tiket kedua untuk beraksi dalam saingan play-off AFC Champions League 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN