Lionel Messi memenangi Ballon d’Or untuk kali keenam di dalam kariernya. Menjadikan beliau ketika ini sebagai pemain terbanyak dalam sejarah memenangi anugerah bola emas itu.
Messi menewaskan pencabar utama beliau iaitu Virgil Van Dijk dan juga Cristiano Ronaldo.
the nerve to rank Messi the 🐐under Phelps on the night of his sixth Ballon d’Or. #Messi pic.twitter.com/wL2XkREYct
— 🫴🏾 🇺🇬 (@SirPresSo) December 3, 2019
Lionel Messi telah mengundi pemain dari Senegal dan penyerang Liverpool iaitu Sadio Mane dalam kertas undiannya.
Wartawan mahukan penjelasan, kenapa Messi memilih Sadio Mane?
Messi menjelaskan bahawa beliau sangat meminati gaya permainan Sadio Mane.
Lionel Messi menjawab: “Ada ramai pemain handalan pada musim ini. Namun saya mengundi Sadio Mane. Hal ini kerana saya sangat seronok melihat aksi Sadio Mane.”
“Beliau juga menikmati tahun yang hebat dengan Liverpool.”
Sadio Mane tela diundi sebagai pemain ke-4 dalam ranking Ballon d’Or mengatasi Mohamed Salah.
Sadio Mane menjadi pemain penting dalam kempen Liverpool musim lalu dengan membantu The Reds menjulang UCL dan menamatkan saingan liga di tangga kedua.
Sadio Mane juga menjadi nadi penting Liverpool ketika melakukan kebangkitan pada separuh akhir UCL berhadapan dengan Barcelona di Anfield.
Ia tidak menghalang Lionel Messi untuk menyuarakan kekagumannya ke atas pemain itu. Mane merupakan pemenang bersama kasut emas EPL musim lalu bersama dengan Mohamed Salah dan Aubameyang.
https://twitter.com/i/status/1202301627052548096
Musim ini prestasi Mane terus meningkat naik. Dan dalam aksi terbaru, Mane menyumbang 2 assist dan 1 gol untuk Liverpool memenangi derbi Merseyside 5-2 menewaskan Everton.
Liverpool kini menjarakkan diri 8 mata daripada Leicester dan 11 mata daripada Manchester City di puncak liga.