Mane Dedah Apa Yang Ronaldo Katakan Kepadanya Selepas Beliau Sah Sertai Bayern Munich

Bekas bintang Liverpool, Sadio Mane telah mendedahkan apa yang Cristiano Ronaldo beritahu beliau secara peribadi selepas beliau sah melengkapkan perpindahannya menyertai Bayern Munich.

Sadio Mane sempat berbual dengan Cristiano Ronaldo ketika kedua-dua mereka sedang bercuti dan bintang Portugal itu ada mengatakan sesuatu berkait keputusan bintang Senegal itu untuk sertai gergasi Bundesliga itu.

Mane tiba di Anfield pada tahun 2016 yang lalu dari Southampton dengan yuran perpindahan bernilai £34 juta dengan beliau kekal bersama Liverpool selama enam musim.

Pemain sayap berusia 30 tahun itu dianggap sebagai antara pemain penyerang terbaik di dunia ketika karier beliau bersama Liverpool.

Beliau berjaya mencipta gandingan yang sungguh luar biasa dahsyat bersama Mohamed Salah dan Roberto Firmino.

Mane turut berjaya menjaringkan 120 gol dari 269 penampilan untuk Liverpool dengan beliau turut berjaya membantu The Reds untuk menjulang pelbagai gelaran.

Mane merupakan nadi penting yang membantu Liverpool menjulang Premier League, Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup, FA Cup dan Carabao Cup.

Bintang Senegal itu melengkapkan perpindahan beliau menyertai Bayern Munich pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan yuran perpindahan bernilai £35 juta.

Mane mendedahkan yang beliau sebenarnya ada berjumpa dengan bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo di Mallorca ketika kedua-dua mereka sedang bercuti.

Bekas bintang Liverpool itu turut berkongsi apa yang Ronaldo katakan kepadanya ketika mereka bertemu di Mallorca itu.

“Saya jumpa Cristiano Ronaldo di Mallorca sebelum bermula musim ini, yang mana saya baru lengkapkan perpindahan saya.”

Jelas Mane kepada media Jerman, Bild.

“Dia ucapkan tahniah kepada saya dan beritahu saya, ‘Kelab yang hebat! Ia merupakan langkah yang hebat untuk kamu.”

Mane menikmati karier yang sangat baik di Jerman selepas beliau melengkapkan perpindahannya dari Liverpool.

Pemain sayap itu berjaya menjaringkan 11 gol dari 24 penampilan bersama Bayern Munich sepanjang musim ini.

The Reds sementara itu bergelut dengan masalah prestasi dan ramai yang percaya hal tersebut kerana mereka kehilangan Sadio Mane.

Jurgen Klopp sendiri turut berdepan tekanan yang sungguh luar biasa sejak beberapa minggu kebelakangan ini selepas skuadnya menunjukkan aksi tidak konsisten di atas padang.

Liverpool semakin tertekan selepas mereka dibelasah teruk oleh Real Madrid dalam aksi pertemuan di peringkat 16 terbaik di Anfield baru-baru ini.

Namun begitu, Mane percaya yang Liverpool akan mampu atasi masalah tersebut dan yakin Klopp ada jalan keluar untuk kembali bawa The Reds menjadi pasukan yang digeruni.

“Liverpool akan kembali. Saya yakin mereka akan mampu atasi situasi ini.”

Tambah Mane lagi.

“Mereka ada ramai pemain yang cedera dan berdepan ujian berat, tapi Jurgen Klopp jelas sekali orang yang tepat.”

“Dia akan bawa Liverpool kembali ke atas bermula dari musim ini. Para pemain sukakan dia.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN