Mandzukic Bakal Ke Manchester United

Juventus

Tutto Sports di Itali melaporkan, penggempur Croatia, Mario Mandzukic dikatakan semakin hampir untuk memuktamadkan persetujuan menyertai Manchester United.

Beberapa minggu lalu, Ole Gunnar Solskjaer sudah menyatakan bahawa beliau perlukan seorang no.9 dalam perpindahan yang akan datang.

Man United sekali lagi dikaitkan dengan Mario Mandzukic selepas gagal mendapatkan pemain tersebut pada jendela musim panas yang lalu.

Man United ketika itu dilaporkan meminta nama Mandzukic disertakan dalam perjanjian Lukaku. Ianya selepas Maurizio Sarri berminat untuk mendapatkan Lukaku.

Namun perjanjian itu gagal kerana Lukaku berkeras beliau hanya mahu ke Inter Milan.

Laporan di Itali itu juga menyebut, walaupun pada ketika ini masih belum ada kata putus, namun segalanya berjalan lancar dan dijangka tiada masalah.

Mandzukic akan menunggu Januari ini untuk melengkapkan perpindahan ke Old Trafford.

Musim lalu, Mandzukic mendapat tawaran lumayan dari Qatar. Namun beliau menolaknya kerana masih mahu bermain di peringkat tertinggi di dalam kariernya.

Musim ini Maurizio Sarri tidak memberikan jaminan kepada pemain itu untuk mendapat lebih banyak minit perlawanan.

Manchester United mahu menjadikan Mandzukic sebagai pelan jangka pendek mereka sebelum mendapatkan pemain yang lebih muda dalam perpindahan yang akan datang.

Manchester United berhadapan dengan krisis serangan kerana isu pemain no.9 yang kurang menyerlah dan juga kecederaan.

Marcus Rashford buat masa ini gagal untuk menjadi no.9 yang berkesan. Dan pemain itu mungkin akan dikembalikan ke posisi sayap serangan selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN