SCL2019: MPKJ FC Kekal Rekod 100 Peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
MPKJ FC

MPKJ FC meneruskan rentak kemenangan bersih dalam saingan Selangor Champions League 2019 (SCL2019) setelah berjaya menundukkan Subang Protap II FC 3-0 pada aksi minggu ketiga yang berlangsung di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Lebih menarik untuk diperkatakan, pendahulu kumpulan B itu juga masih belum lagi dibolosi selepas mengharungi tiga perlawanan.

Pemain terbaik perlawanan, Muhammad Nurzaidi Bunari membuka tirai jaringan pada minit ke-10 apabila tandukannya hasil sepakan penjuru yang diambil S. Muruga Kumaran menerjah gawang Subang Protap II FC.

Corak permainan kemas ditampilkan memberi peluang buat MPKJ FC untuk mendominasi permainan walaupun Subang Protap II sesekali mengancam kubu skuad berpangkalan di Kajang tersebut.

Aiyakhaire Daniel Emmanuel mengukuhkan kedudukan pada minit ke-46 susulan percubaan lambung diledakkannya yang tidak mampu dihalang penjaga gol Subang Protap II FC, Muhammad Asrul Azmi.

Nurzaidi sekali lagi mencetak nama selaku penjaring apabila beliau tidak bermasalah untuk menyudahkan umpanan cantik daripada kapten, Alhapis Alwi pada minit ke-63 permainan.

Meskipun Subang Protap II FC berusaha keras untuk mengurangkan defisit jaringan tetapi ia masih belum mampu untuk meruntuhkan kekebalan jentera pertahanan MPKJ FC.

Pemain terbaik perlawanan: Muhammad Nurzaidi Bunari (MPKJ FC)

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U