Kisah Mancini dan Balotelli boleh dikatakan ada keistimewaan tersendiri. Ketika di Manchester City, kedua-dua watak ini seringkali bertelagah. Tetapi mereka tetap kembali normal selepas itu.
Ini antara insiden yang kita akan ingat ketika Balotelli melakukan ‘showboating’ di depan gol dalam perlawanan persahabatan. Mancini berang dengan Balotelli dan mengeluarkan pemain itu. Kedua-dua mereka bertikam lidah.
Ini pula insiden di mana Mancini dan Balotelli di pusat latihan. Mancini bengang dengan Balotelli yang melancarkan terjahan keras ke atas Scott Sinclair
Balotelli sudah disisihkan daripada skuad Itali sejak 2014 di bawah kendalian Conte dan Ventura walaupun bermain sangat baik ketika di Perancis. Balotelli menjadi pemain penting Itali dalam Euro 2012.
Mancini yang diumum sebagai pengendali baru Itali telah menyenaraikan nama pemain nakal itu pertama kali selepas 4 tahun.
Bek sayap Chelsea, Emerson Palmier, bersama dengan Mattia Caldara, Daniele Baselli, Rolando Mandragora dan Domenico Berardi antara muka baru yang dipanggil.
Skuad ini akan berkumpul di kem kebangsaan di Coverciano, 5 hari sebelum perlawanan menentang Arab Saudi. Mereka akan menentang Perancis dan Belanda pada awal Jun hadapan.
Berikut adalah senarai penuh pasukan Itali yang akan menentang Saudi Arabia.
Penjaga gol: Gianluigi Donnarumma (AC Milan), Mattia Perin (Genoa), Salvatore Sirigu (Torino)
Pertahanan: Leonardo Bonucci (AC Milan), Mattia Caldara (Atalanta), Domenico Criscito (Zenit), Danilo D’Ambrosio (Inter), Mattia De Sciglio (Juventus), Emerson Palmieri (Chelsea), Alessio Romagnoli (AC Milan), Daniele Rugani (Juventus), Davide Zappacosta (Chelsea)
Tengah: Daniele Baselli (Torino), Giacomo Bonaventura (AC Milan), Bryan Cristante (Atalanta), Alessandro Florenzi (Roma), Jorginho (Napoli), Rolando Mandragora (Crotone), Claudio Marchisio (Juventus), Lorenzo Pellegrini (Roma)
Penyerang: Mario Balotelli (Nice), Andrea Belotti (Torino), Domenico Berardi (Sassuolo), Federico Bernardeschi (Juventus), Federico Chiesa (Fiorentina), Ciro Immobile (Lazio), Lorenzo Insigne (Napoli), Matteo Politano (Sassuolo), Simone Verdi (Bologna), Simone Zaza (Valencia)