Manchester United Kini Kembali Cuba Dapatkan Harry Maguire

Kelab Premier League, Manchester United kini telah kembali untuk memancing semula pertahanan Leicester City iaitu Harry Maguire ke Old Trafford.

Menurut laporan Sky Sports, Manchester United yang gagal mendapatkan khidmat Maguire selepas kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia kini berusaha untuk menghalang pemain itu dari menyertai Manchester City.

SAMARA, RUSSIA – JULY 07: Harry Maguire of England runs off to celebrate after scoring during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Sweden and England at Samara Arena on July 7, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Manchester United kini dilaporkan menaikkan bidaan mereka untuk Maguire kepada £70 juta demi membuatkan Leicester City terpesona dengan tawaran itu lalu membenarkan kelab tersebut bercakap dengan Maguire.

Walaupun begitu, Maguire dikatakan tidak akan memaksa kelab semasanya untuk menjual beliau ke pasukan lain.

Hal ini kerana, Maguire dikatakan begitu gembira di Leicester City akan tetapi beliau turut tidak menolak kemungkinan untuk berpindah ke mana-mana pasukan utama Premier League.

Manchester United yang kini dalam proses pembentukan semula ingin mendapatkan pemain baharu di bahagian pertahanan tengah selepas berjaya mendapatkan pemain pertahanan kanan iaitu Aaron Wan-Bissaka.

Pilihan utama mereka adalah pemain Napoli, Kalidou Koulibaly namun tanda harga yang diletakkan kelab Serie A itu terlalu tinggi memaksa Manchester United mencari pilihan kedua.

Seperti yang dinyatakan di awal artikel, Maguire turut berada dalam radar Manchester City.

Situasi itu terjadi kerana mereka dalam usaha untuk mencari pengganti Nicolas Otamendi yang dijangka meninggalkan kelab tersebut untuk Atletico Madrid.

Akan tetapi, dengan perginya Vincent Kompany mungkin membuatkan proses perpindahan tersebut bakal hanya menjadi fantasi sahaja.

KEMASKINI: Menurut Sky Sports, Leicester City sudah pun menolak bidaan yang dilakukan Manchester United untuk Harry Maguire.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN