80,000 Keping Tiket Final Piala FA 2019 Akan Dikeluarkan, Kekal Dengan Harga RM50

Piala FA

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola yang diadakan pihak Malaysia Football League (MFL) bersama-sama wakil Perak FA dan Kedah FA serta wakil kelab penyokong telah menetapkan bahawa sebanyak 80,000 tiket perlawanan akhir Shopee Piala FA akan dikeluarkan.

Daripada 80,000 keping tiket itu, 2000 daripadanya adalah tiket kanak-kanak bawah 12 tahun.

Agihan tiket tersebut bakal memperuntukkan sebanyak 30,000 tiket dewasa dan 750 tiket kanak-kanak kepada setiap pasukan.

Manakala baki 18,000 keping tiket lagi serta 500 keping tiket kanak-kanak akan dijual secara dalam talian di tickethotline.

Seperti kebiasaan, harga tiket yang telah ditetapkan bagi perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil itu ialah RM50 bagi dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak.

Penjualan tiket di negeri-negeri terlibat dijangka akan bermula sekitar 23 hingga 24 Julai ini.

Antara agenda penting lain yang menjadi tumpuan pada mesyuarat ini adalah berkenaan isu keselamatan dan teknikal perlawanan.

Dalam pada itu, bagi mewujudkan semangat harmoni dan perpaduan dalam kalangan penyokong kedua-dua pasukan, pihak MFL akan mengadakan ‘Viking Clap’ secara besar-bersaran yang dilakukan penyokong Perak dan Kedah sebelum sepak mula saingan nanti.

Perak berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menundukkan Pahang menerusi aggregat 4-3 manakala Kedah pula melepasi cabaran Felda United untuk mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat 3-3.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN