Manchester United Tamatkan Rentetan Keputusan Seri Tiga Perlawanan Selepas Tewaskan Everton

Manchester United

Jaringan menarik dari Anthony Martial dan Jese Lingard mengembalikan semula rentak kemenangan Manchester United selepas menang 2-0 keatas Everton di Goodison Park.

Pada babak pertama, kedua-dua pasukan berusaha untuk mencipta gerakan-gerakan menarik, namun usaha tersebut belum mampu untuk menjelmakan serangan yang berbahaya.

Apa yang mencuri perhatian pada aksi babak pertama adalah larian deras serta skill individu yang ditunjukkan pemain sayap kiri Everton, Yannick Bolasie yang beberapa kali berjaya memperdayakan pertahanan Manchester United.

Permainan pada babak kedua lebih menyajikan aksi bertenaga terutamanya buat skuad bimbingan Jose Mourinho yang beberapa kali mencemaskan kubu pertahanan tuan rumah.

Manchester United yang tampil dengan lebih garang memperoleh peluang keemasan apabila rembatan dari luar kotak penalti menerusi Juan Mata berjaya ditepis keluar Jordan Pickford seminit selepas aksi bersambung.

LIVERPOOL, ENGLAND – JANUARY 01: Jordan Pickford of Everton looks back as he watches the shot of Juan Mata of Manchester United (Not pictured) hit the post during the Premier League match between Everton and Manchester United at Goodison Park on January 1, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Mata sekali lagi meledakkan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-50, namun percubaan pemain dari Sepanyol itu hanya singgah di tiang gol Everton.

Bagaikan mendapat tonik berguna pada masa rehat, United berterusan mengasak ke kubu tuan rumah dan usaha bertali arus mereka membuahkan hasil.

Anthony Martial yang mendapat hantaran lintang dari Paul Pogba pada minit ke-56 berjaya melakukan ‘placing’ cantik dari luar kotak penalti sekaligus berjaya membolosi gawang Everton.

Everton turut mencipta peluang terbaik bagi kembali menyamakan kedudukan menerusi hantaran lintang dari Mason Holgate di minit ke-70. Bagaimanapun tandukan yang dilakukan oleh Oumar Niasse hanya sipi di sebelah kiri pintu gol The Red Devils.

United terus bernafsu untuk menambah jaringan dan giliran Jese Lingard menguji kewibawaan Jordan Pickford menerusi rembatan dari jarak jauh yang diselamatkan penjaga gol antarabangsa England itu.

LIVERPOOL, ENGLAND – JANUARY 01: Jesse Lingard of Manchester United scores his sides second goal during the Premier League match between Everton and Manchester United at Goodison Park on January 1, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Jese Lingard mengubati kekecewaan tersebut apabila beliau berjaya meletakkan nama selaku penjaring kedua pelawat apabila satu lagi ledakan dari luar kotak penalti yang dilakukannya pada minit ke-80 menerjah jaring Everton untuk menoktahkan perjuangan anak buah Sam Allardyce.

Kemenangan ini menamatkan rentetan tiga keputusan seri yag dicatatkan United dalam saingan Liga Perdana Inggeris ketika bertemu Leicester City, Burnley dan Southampton.

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN