Selepas mengharungi 17 perlawanan menghampiri pertengahan musim, pastinya ramai yang tidak menyangka Manchester United yang ‘goyah’ di awal musim secara tiba-tiba bangkit sehingga berjaya menghuni persada Liga Perdana Inggeris (EPL) pada waktu ini.
Selepas ‘dihentak’ oleh Tottenham Hotspur 6-1 pada awal Oktober, United menjadi bahan ketawa kerana menduduki tangga ke-15. Namun kini mereka telah mendahului enam mata berbanding skuad kendalian Jose Mourinho berkenaan.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu kini sudah boleh berimpian untuk menjulang kejuaraan liga buat kali pertama sejak berakhirnya era Sir Alex Ferguson di Old Trafford pada 2013 yang lalu.
🗣️ "There's a great spirit in the group and we've gained some valuable experience," says Solskjaer.
"We know more about the standards and the expectations. We’ve become better physically and more robust."#MUFC #LIVMUN pic.twitter.com/e0r0jLgr8Y
— Manchester United (@ManUtd) January 15, 2021
Namun ada beberapa pihak yang beranggapan United hanya bernasib baik untuk mendahului liga kerana sering dibantu oleh pengadil yang menghadiahkan mereka sepakan penalti.
Berdasarkan statistik musim ini, United telah mendapat enam sepakan penalti dan menjaringkan lima daripadanya. Pasukan paling banyak adalah Leicester City dengan 10 penalti.
Liverpool yang kini di tempat kedua liga pula telah mendapat lima sepakan penalti dan berjaya menjaringkan kesemuanya. Ini bermakna teori tersebut mungkin sudah boleh ditolak.
Ole Gunnar Solskjaer: Saya Tak Kira Pun Berapa Penalti Liverpool Dapat https://t.co/dpYxys4eTW pic.twitter.com/fv2lP0FYyt
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 6, 2021
Kemudian, United juga dilihat agak bergelut untuk menewaskan pasukan bawahan liga seperti Sheffield United (3-2), West Bromwich Albion (1-0), Brighton (3-2), Burnley (1-0) dan tewas pula kepada Crystal Palace (1-3).
Mereka hanya ‘menang besar’ ketika berdepan Newcastle United (4-1) dan Leeds United (6-2) dan kebanyakan kemenangan lain hanya dibezakan dengan satu gol sahaja.
Untuk perlawanan berdepan pasukan ‘enam besar’ setakat ini, United telah tewas kepada dua kelab utara London iaitu Tottenham dan Arsenal selain seri dengan Chelsea dan Manchester City.
Maka pertembungan dengan juara bertahan Liverpool pada Ahad ini dianggap sebagai ujian sebenar untuk menentukan sejauh mana kemampuan The Red Devils pada pada musim ini.
📅 17th January
🏆 @PremierLeague📅 23rd/24th January
🏆 @EmiratesFACup🍿 Get your popcorn ready for two @ManUtd v @LFC games in a week! pic.twitter.com/UKKUjSkjkG
— SPORF (@Sporf) January 11, 2021
Solskjaer sebelum ini mendedahkan tiada ‘nama-nama besar’ yang akan menyertai pasukan berkenaan untuk tempoh perpindahan bulan Januari ini kerana percaya pemain sedia ada mampu membawa cabaran pasukan.
Kehadiran Bruno Fernandes sejak setahun yang lalu jelas telah membawa impak yang cukup besar kepada United dan peningkatan prestasi Paul Pogba dan Anthony Martial sejak akhir-akhir ini diharapkan dapat membantu kelangsungan kelab tersebut sehingga penghujung musim.
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:
Sejarah Hitam Liverpool & Man United Terlibat Skandal Yang Mengemparkan Dunia Bola Sepak
Statistik Ini Pastinya Buat Liverpool ‘Menggeletar’ Untuk Berdepan Manchester United
10 Pemain Projek Remaja Berbakat Manchester United, Termasuk Amad Diallo Yang Baharu Tiba