Manchester United telah melengkapkan perpindahan pertama mereka untuk musim 2017/2018 apabila berjaya mendapatkan khidmat pertahan muda dari Benfica iaitu Victor Lindelof.
Hasil sumber BBC Sport, pemain yang berusia 22 tahun itu diikat dengan harga £31 juta yang bersamaan dengan 35 juta Euro.
Pemain yang berasal dari Sweden ini merupakan pembelian pertama Jose Mourinho menjelang musim baharu.
Ia menyamai pembelian pertama pada musim lalu apabila pengurus dari Portugal itu mendapatkan Eric Bailly dari Villareal.
Lindelof dan Bailly merupakan pemain pertahan tengah.
Pemain yang sudah memperoleh 12 penampilan antarabangsa bersama Sweden ini telah menghabiskan masa di Benfica selama 5 tahun sejak dari 2012.
Ketika itu, beliau berpindah dari kelab Vasteras SK untuk menyertai Benfica untuk menyertai pasukan remaja mereka.
Secara keseluruhannya, Lindelof telah berjaya melakukan 47 penampilan bersama gergasi Portugal itu.
Musim 2016/2017 itu juga menyaksikan Lindelof berjaya mencuri perhatian kelab utama Eropah selepas berjaya membantu Benfica memperoleh kejuaraan berganda iaitu gelaran liga dan juga kejuaraan piala nasional.
Ketika ini, perpindahan sudah pun berjaya disahkan cuma ia perlu pemeriksaan kesihatan, persetujuaan perjanjian peribadi yang dijangka akan berlaku pada minggu hadapan.
Peminat Manchester United, teruja dengan berita ini?