Kelab Manchester United kini telah sah menjadi kelab pertama di UK yang menjalinkan kerjasama dengan gerakan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT).
Manchester United telah melakukan kerjasama dengan gerakan yang diberi nama sebagai Stonewall itu sebagai tanda sokongan kelab itu kepada gerakan itu.
Membantu hadapi masalah
Tujuan kerjasama ini dilakukan adalah untuk membasmi mentaliti buruk masyarakat terutamanya peminat bola sepak mengenai gerakan LGBT di Britain.
Hal ini kerana, kebanyakan peminat bola sepak di England tidak mengiktiraf kewujudan golongan tersebut.
Menerusi kerjasama ini, Manchester United menerusi stadiumnya Old Trafford akan menjadi tuan rumah kepada Rainbow Laces Summit yang merupakan sidang mengenai LGBT.
Warna pelangi yang sinonim dengan gerakan LGBT pernah menjadi perhatian apabila semua pemain Premier League memakai tali kasut berwarna pelangi pada kasut bola mereka dan bagi kapten pula, mereka memakai lilitan lengan berwarna pelangi.
Ia semuanya menunjukkan sokongan terhadap gerakan ini.
Sokongan ramai
Tujuan Manchester United menjalinkan kerjasama dengan pihak Stonewall adalah kerana pihak Stonewall merasakan kelab tersebut mempunyai sokongan yang ramai.
Malah, Manchester United juga berasa bangga menjadi kelab pertama di UK yang menjalinkan kerjasama dengan gerakan itu.
“Dengan sokongan yang cukup ramai di seluruh dunia sebanyak 659 juta orang, kami yakin usaha antara Manchester United dan Stonewall dapat dicapai oleh seluruh penyokong kami di seluruh dunia.”
“Adalah penting kerjasama ini dilakukan kerana ia bukan tanda yang kami di Manchester United menerima kehadiran golongan LGBT. Tetapi dalam masa yang sama ia membawa perubahan kepada perspektif masyarakat mengenai golongan ini.”
“Hal ini kerana mereka mahu menyertai sukan sama seperti orang lain tidak kisahlah sebagai pemain atau penyokong.”
Manchester United juga sebenarnya ada melakukan satu kempen yang dipanggil #AllRedAllEqual .
Ia merupakan kempen untuk menyampaikan kesederan yang semua peminat Manchester United dilayan sama rata oleh kelab – tidak kira mereka LGBT atau tidak.
Baca juga: Mengapa Semua Kelab Premier League Pakai Lilitan Lengan Berwarna Pelangi?