Manchester United bersedia untuk jual pemain pertahanan mereka iaitu Chris Smailling selepas pengurus mereka iaitu Jose Mourinho berasakan pemain itu tidak cukup kuat mentalnya untuk bermain.
Hal ini kerana, pengurus tersebut mempersoal tindakan pemain itu yang tidak mahu mengambil risiko ketika cedera dengan bermain untuk pasukan.
Smalling mengalami kecederaan ketika perlawanan Europa League menentang Fenerbache dan terpaksa berehat selama 6 minggu.
Menurut Telegraph, Mourinho juga dikatakan mahu mengandingkan pertahanan Victor Lindelof dengan Eric Bailly.
Sementara Phil Jones akan dikekalkan di Manchester United dengan tugas sebagai pertahanan simpanan.
3 kelab dijangka berminat untuk mendapatkan Smalling dengan semuanya adalah dari Premier League.
West Ham United dijangka berminat untuk mendapatkan Smalling untuk beraksi di London, sementara kelab-kelab seperti Everton dan juga West Bromwich Albion juga turut berminat.
Everton dan juga West Bromwich Albion yang kini sedang mencari pemain pertahanan sedang menilai dengan teliti pemain tersebut.
Adakah Smalling akan keluar dari Manchester United atau beliau akan mencabar tempat di kelab itu? Sama-sama kita nantikan.