Eusebio Di Francesco Dilantik Menjadi Pengurus Baharu AS Roma

AS Roma kini telah memperoleh pengurus baharu untuk mereka bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Luciano Spalleti.

Eusebio Di Francesco dilantik menggantikan Spaletti sebagai pengurus baharu AS Roma.

Beliau yang merupakan salah seorang individu yang menjulang gelaran Serie A bersama AS Roma pada 2001 pernah bermain untuk AS Roma buat beberapa kali.

Beliau bermain sejak dari musim 1997/1998 hingga musim 2000/2001.

Di peringkat pengurusan, beliau mencipta pelbagai pencapaian yang cukup menarik buat kelab yang diuruskan beliau sebelum ini iaitu Sassuolo.

Hal ini kerana hasil dari bimbingan Di Francesco, Sassulo telah mencapai kejayaan layak ke saingan Serie A buat pertama kali dalam sejarah kelab.

Selain itu, hasil bimbingan beliau juga telah membawa aksi bola sepak Europa League kepada pasukan tersebut.

Di AS Roma, Di Francesco bersetuju untuk bersama-sama kelab tersebut hingga tahun 2019.

“Saya sangant gembira apabila berjaya kembali ke AS Roma untuk berbakti semula kepada bekas pasukan saya.”

“Terima kasih kepada pihak kelab yang memberikan peluang ini kepada saya, saya akan berusaha untuk berikan keputusan yang terbaik buat kelab ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN