Manchester United Halang Garnacho Dari Sertai Pertandingan Di Luar Kalender FIFA

Manchester United menghalang bintang utama mereka Alejandro Garnacho dari menyertai pertandingan Sudamericano U20 kerana kejohanan tersebut tidak ada dalam kalender FIFA.

Persatuan Bola Sepak Argentina memohon kepada Manchester United untuk melepaskan Garnacho menyertai skuad bawah 20 mereka, namun kelab dari saingan Premier League itu menolak permohonan tersebut.

Dek kerana pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Amerika Selatan itu dilangsungkan di luar kalender FIFA maka Manchester United memutuskan untuk tidak melepaskan pemain mereka.

Garnacho tidak dinafikan sememangnya antara pemain penyerang yang sangat berbakat dan di usia 18 tahun, beliau telah menunjukkan kematangan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Ditambah pula dengan beliau ketika ini merupakan pemain terpenting dalam skuad Manchester United, maka tidak hairanlah mengapa skuad The Red Devils itu menolak untuk melepaskan beliau.

Garnacho mula mendapat tempat dalam skuad utama Man United sejak dikendalikan oleh pengurus baharu mereka, Erik ten Hag dan beliau jelas sekali sudah berjaya menjadi antara pemain kegemaran peminat.

Pemain yang dilahirkan di Sepanyol itu telah membuat 13 kemunculan dalam semua pertandingan untuk Manchester United sepanjang musim ini.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau berjaya menjaringkan 3 gol dan turut mencatatkan 3 assists untuk skuad The Red Devils itu.

Tidak dinafikan lagi impak yang beliau tunjukkan merupakan satu hal yang sangat-sangat ditagih oleh pengurus United, Erik ten Hag.

Para peminat juga turut percaya yang Garnacho satu hari nanti bakal menjadi wira Manchester United dan kerana itulah beliau kini menjadi antara pemain pujaan ramai.

Jika beliau bukan nadi penting kelab, Manchester United mungkin sahaja tiada masalah untuk melepaskan beliau untuk menyertai pertandingan tersebut.

Namun dek kerana beliau kini merupakan antara pemain terpenting skuad, maka kerana itulah Man United agak berat untuk melepaskan beliau.

Ditambah pula dengan pertandingan itu dilangsungkan di luar kalender FIFA, maka semakin kukuh alasan Man United untuk tidak melepaskan bintang utama mereka itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN