Manchester United Dedah Jumlah Pampasan Perlu Dibayar Untuk Pecat Jose Mourinho

Manchester United telah berbelanja sebanyak  £19.6 juta di dalam bentuk pampasan selepas memecat Jose Mourinho dan beberapa staf kejurulatihan pada Disember lalu.

Jumlah tersebut didedahkan oleh pihak kelab itu sendiri melalui laporan kewangan untuk suku kedua tahun ini.

Tiada pilihan

Mourinho telah dipecat selepas deretan keputusan buruk bersama kelab tersebut, termasuk kekalahan 3-1 kepada seteru utama Liverpool, membuatkan pengurusan tertinggi di Old Trafford tiada pilihan lain.

Beberapa siri keputusan yang tidak memihak kepada pengendali dari Portugal dan United itu menyebabkan mereka ketinggalan 11 mata dari keduduka tangga ke-4, dan 19 mata kepada pendahulu, Liverpool pada hari Mourinho dipecat.

Namun demikian pengendali interim, Ole Gunnar Solskajaer merekodkan 10 kemenangan dari 11 perlawanan dalam semua pertandingan selepas itu- sebelum tewas 2-0 kepada Paris Saint-Germain (PSG) di pusingan kalah mati UEFA Champions League beberapa hari lalu.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Kerana Mourinho

Laporan kewangan kalab tersebut yang dikeliarkan kepada Pasaran Saham New York (NYSE) berkata: : “Jumlah terbesar perbelanjaan suku ini ialah sebanyak £19.6 juta, berkaitan dengan bayaran pampasan kepada bekas pengurus dan beberapa anggota kejurulatihan yang lain.”

Mourinho mengambil alih jawatan pengurus di Manchester United pada Mei 2016, dan berjaya membawa kelab itu menjaurai Piala Liga dan pertandingan UEFA Europa League. Pada Januari 2018, kontrak beliau di Old Trafford dilanjutkan sehingga 2020, dengan pilihan untuk melanjutkan kontrak selama setahun.

(Photo by Manchester United/Man Utd via Getty Images)

Woodward yakin dengan Solskjaer

Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward turut berkata selepas itu, perlantikan Solskjaer dan barisan jurulatih ketika era Sir Alex Ferguson, Mike Phelan, telah memberikan keputusan sangat positif kepada kelab dan pasukan.

Malah selepas berjaya melayakkan diri ke pusingan ke-5 Piala FA Inggeris, Solskjaer telah berjaya meletakkan United untuk berada di kelompok empat teratas saingan Liga Perdana Inggeris.

(Photo by Stu Forster/Getty Images)

Layak ke saingan elit eropah itu pada musim hadapan adalah perkara terutama yan United gariskan sejak pemecatan Mourinho.

Walaupun menghamburkan keyakinan untuk bekas penyerang itu, Woodward enggan mengulas lebih lanjut mengenai masa depan Solskjaer sebagai pengurus Red Devils melangkaui musim panas ini.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN