Quantcast

BERITA

AFF B-22: Ong Kim Swee Sasar Bawa Malaysia Mara Ke Separuh Akhir

Skuad bawah 22 tahun negara (B-22) kini sudah tiba di bumi Kemboja bagi menghadapi Kejuaraan B-22 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang bermula pada 18 Februari ini.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B dijadualkan berdepan tuan rumah, Kemboja pada 18 Februari diikuti Indonesia (20 Februari), sebelum menamatkan aksi pusingan awal menentang Myanmar, selang dua hari kemudian.

Mengulas mengenai sasaran negara di kejohanan itu, pengendali skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee menyasarkan untuk menghuni kedudukan dua teratas dalam kumpulan B dan mara ke peringkat separuh akhir.

Katanya dalam Berita Harian, beliau bersikap realistik dan yakin dengan kemampuan pemain yang sedia ada walaupun tanpa khidmat beberapa tonggak utama.

“Secara realiti, kita harus bersikap realistik kerana kita ketiadaan beberapa pemain utama. Namun kita cuba untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya, tetapi lebih penting bagi saya, pemain-pemain dapat pendedahan sebelum beraksi pada pusingan kelayakan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) pada bulan Mac nanti,” katanya kepada wartawan sebelum skuad negara berlepas ke Kemboja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Senarai akhir 23 pemain yang dipilih oleh Datuk Ong Kim Swee

Daripada senarai di atas, seramai 15 pemain dari skuad 23 pemain ke siri tiga perlawanan persahabatan antarabangsa di Bangkok, Thailand pada Januari lalu telah dikekalkan Kim Swee manakala baki lapan pemain digugurkan.

Turut dipanggil ialah penyerang muda tinggi lampai yang beraksi dengan kelab divisyen 2 Jepun, Fagiano Okayama dan juga merupakan bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) II.

Haziq Naqli, Dominic Tan, Nik Akiff Syahiran dan Hadi Fayyadh merupakan anggota skuad B-23 kebangsaan yang beraksi di Sukan Asia 2018 di Indonesia tahun lepas manakala Ariff, Ariusdius dan Izzan dipanggil pada kem latihan pusat bulan lalu tetapi tidak dibawa ke Bangkok kerana mengalami kecederaan.

Persiapan skuad B-22 negara sebelum ini dilaporkan terjejas susulan keengganan beberapa pasukan melepaskan pemain mereka bagi mewakili negara pada kejohanan berkenaan.

Juara bertahan, Thailand mengetuai cabaran kumpulan A bersama Vietnam, Timor-Leste dan Filipina. Tiga pasukan iaitu Singapura, Brunei dan Laos mengambil keputusan menarik diri daripada kejohanan berkenaan, namun tidak menyatakan punca mereka berbuat demikian.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan teratas daripada kumpulan A dan B, layak ke separuh akhir pada 24 Februari, manakala aksi final dijadual pada 26 Februari, dengan semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Olimpik Nasional, Phnom Penh.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!