Manchester United Berpeluang Dapatkan Haaland Jika Solskjaer Kekal di Old Trafford

Penyokong Manchester United akhirnya sudah boleh lupakan sementara mengenai masa depan pengurus, Ole Gunnar Solskjaer selepas pasukan itu mencatat dua kemenangan dan satu seri dalam tiga perlawanan terakhir mereka.

Dengan prestasi yang agak goyah sebelum ini, ia membuktikan United perlu berbelanja pada tempoh perpindahan Januari akan datang untuk menambah baik kualiti di bahagian serangan supaya mereka boleh menjaringkan lebih banyak gol.

Solskjaer bersetuju untuk menjual Romelu Lukaku kepada Inter Milan pada musim panas lepas, tetapi United tidak dapat mencari calon yang sesuai untuk menggantikan penyerang Belgium itu sebelum pintu perpindahan ditutup.

Banyak pihak percaya, sekiranya Solskjaer masih kekal di United, pasukan itu berpeluang cerah untuk membawa masuk pemain muda sensasi, Erling Braut Haaland.

Penyerang RB Salzburg itu baru-baru ini telah mencatat rekod baru Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas muncul pemain pertama yang menjaringkan enam gol dalam tiga perlawanan pertama.

Walaupun masih remaja, kebijaksanaan Haaland sewaktu di atas padang menunjukkan kematangannya sekalipun berdepan dengan kelab-kelab besar.

Dengan memiliki kelebihan fizikal yang tinggi (1.93 m) dan larian yang pantas, beliau bijak mencari ruang untuk berada di posisi yang tepat pada masa yang betul dan turut mempunyai penyudah berbisa di hadapan gol.

Prestasi cemerlangnya itu telah menarik minat beberapa kelab besar di Eropah untuk mendapatkannya. Namun kelebihan yang dimiliki oleh Manchester United adalah pemain berusia 19 tahun itu pernah dibimbing Solskjaer sewaktu beraksi di kelab Norway, Molde.

Namun demikian, setakat ini Solskjaer dikatakan masih enggan mengulas mengenai spekulasi yang mengaitkan pasukannya dengan pemain berkenaan.

“Saya tidak rasa ini adalah masa yang sesuai untuk bercakap mengenai penyerang pasukan lain. Saya telah bercakap tentang Harry Kane semalam, dan Erling [Haaland] hari ini. Saya tidak rasa ia baik untuk saya,” kata Solskjaer sebelum ini.

Pada awal musim ini, Solskjaer mengakui semua pihak di Norway teruja dengan perkembangan bekas anak didiknya itu.

Sementara Haaland pula ketika disoal mengenai desas-desus perpindahannya ke Manchester United, beliau mengakui tidak dapat menyembunyikan kekaguman kepada bekas pengurusnya itu.

“Saya bermain hampir dua tahun di bawah kendaliannya dan saya mempunyai kenangan yang baik bersama beliau,” kata Haaland pada April lalu.

“Terutama kepada pemain-pemain muda, Solskjaer adalah jurulatih yang sempurna kerana beliau sendiri merupakan penyerang yang handal. Beliau telah mengajar saya banyak perkara.

“Sehingga kini, kami kadang kala berbalas mesej dan saya gembira melihat beliau kini berada di Manchester United. Saya doakan kejayaan beliau di masa hadapan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN