Manchester United sudah mengenal pasti yang posisi central midfielder merupakan masalah terbesar mereka dengan pihak kelab turut menyenaraikan senarai pendek pemain yang mahu dibeli pada musim panas nanti.
Menurut sumber laporan dari Manchester Evening News, The Red devils berkemungkinan akan membeli empat pemain pada musim panas nanti untuk memperkuat skuad bagi menghadapi musim 2022/23.
United telah melalui jendela perpindahan musim panas lalu dengan sangat baik selepas kejayaan mereka mendapatkan pemain seperti, Raphael Varane, Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho.
🚨 Sevilla and Manchester United have reached an agreement over the loan transfer of Anthony Martial. The player will now fly to Spain to complete his move.
(Source: @FabrizioRomano) pic.twitter.com/O1q4rNy8Gs
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) January 24, 2022
Walau bagaimanapun, tahap persembahan mereka masih belum capai tahap seperti yang diharapkan, dengan pimpinan kelab meminta barisan kejurulatihan untuk mengenal pasti masalah utama yang berlaku pada ketika ini.
Selepas membuat kajian secara terperinci, barisan kejurulatihan mengenal pasti yang posisi central midfielder merupakan bahagian yang perlu diperkuatkan pada musim panas ini.
Pengurus interim kelab, Ralf Rangnick terpaksa menggunakan khidmat Scott McTominay, Nemanja Matic dan Fred sebagai pemain midfield pilihannya.
Manchester United juga sedang berpotensi untuk bakal kehilangan Donny Van de Beek dan Paul Pogba pada musim panas nanti.
Kontrak Pogba bersama kelab berbaki hanya enam bulan sahaja lagi, dan beliau sama sekali tidak menunjukkan tanda-tanda yang beliau mahu menandatangani kontrak baru.
Manchester United told signing Declan Rice and Jude Bellingham mould Premier League winning midfield https://t.co/s6tDAuRTl3
— Man United News (@ManUtdMEN) January 24, 2022
Van de Beek sementara itu masih lagi tidak mendapat minit permainan yang mencukupi dan sudah tentu beliau mahu meninggalkan Old Trafford dalam usahanya mahu beraksi sebagai pemain utama.
Terdapat beberapa pemain central midfielder yang telah dikaitkan dengan bakal menandatangani perjanjian bersama Manchester United.
Pihak kelab sangat berminat dengan pemain seperti bintang West Ham, Declan Rice dan mereka turut dikaitkan dengan pemain midfield Marseille, Boubacar Kamara.
Manchester United turut menyenaraikan salah seorang pemain di posisi pertahanan dalam senarai pemain yang mahu mereka tandatangani pada musim panas nanti.
Simple tweak in Manchester United system could finally provide answer to Marcus Rashford problem. #mufc https://t.co/27d8XjIYdl pic.twitter.com/Cj4BvYMJIB
— Man United News (@ManUtdMEN) January 23, 2022
The Red Devils dilaporkan sedang berusaha untuk mencari pencabar kepada Aaron Wan-Bissaka di posisi back kanan, selepas melihat bintang Crystal Palace itu tidak berada di tahap terbaiknya sepanjang musim ini.
Pihak kelab sebelum ini sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Kieran Trippier, namun bintang England itu sudah memutuskan untuk menyertai Newcastle pada awal bulan baru-baru ini.
Kini Manchester United sepertinya akan mengalihkan pandangan mereka untuk mendapatkan khidmat Tariq Lamptey sebagai pemain sasaran utama pada musim panas nanti.
Bahagian ketiga yang mahu ditambah baik oleh kelab adalah posisi serangan, dengan mereka berkemungkinan akan kehilangan khidmat pemain seperti Juan Mata, Jesse Lingard dan Edinson Cavani pada penghujung musim nanti.
Masa depan Anthony Martial juga kini menjadi tanda tanya selepas beliau kini sedang dalam usahanya untuk melengkapkan perpindahan menyertai Sevilla sebagai pemain pinjaman.
Rio Ferdinand has assessed some current issues that are troubling Manchester United, both in the short-term and long-term #mufc https://t.co/vVBZVoXgiT
— Man United News (@ManUtdMEN) January 18, 2022
Posisi terakhir yang perlu diperkuatkan lagi adalah penjaga gol dengan penjaga gol kedua ketika ini, Dean Henderson dikatakan bakal meninggalkan Old Trafford dalam masa terdekat ini.
Penjaga gol berusia 24 tahun itu mahu meninggalkan kelab kerana beliau mahu mencari kelab yang boleh menawarkan minit permainan kepadanya.
Pembelian pemain United pada musim panas bergantung kepada prestasi mereka musim ini
Perancangan Manchester United pada musim hadapan sedikit terganggu pada ketika ini dek kerana mereka agak bergelut untuk mengakhiri saingan liga di kedudukan empat teratas.
The Red Devils pada ketika ini bersaing rapat dengan empat lagi pasukan untuk merebut slot akhir ke saingan Champions League musim hadapan.
New Manchester United manager has a massive £50m problem Ralf Rangnick cannot solve: https://t.co/kXinm3D4a5
— MUFC News (@MUFCNewsApp) January 24, 2022
Manchester United, West Ham United, Tottenham Hotspur, dan Arsenal sedang saling kejar mengejar untuk mengakhiri saingan liga di kedudukan empat teratas.
Tidak dilupakan, Wolverhampton Wanderers juga sebenarnya berpotensi untuk mencabar kedudukan tersebut jika dilihat kepada persembahan mereka pada ketika ini.
Manchester United berjaya untuk menduduki kelompok empat teratas dalam carta saingan liga buat pertama kalinya sejak Ralf Rangnick mengendalikan kelab pada minggu lalu.
Sebaik menewaskan West Ham United 1-0, skuad kendalian Ralf Rangnick itu berjaya untuk memintas The Hammers seterusnya mengesahkan tempat mereka di kedudukan keempat dalam carta saingan liga pada ketika ini.
Manchester United kini sudah berjaya mengumpul 38 mata dari 22 perlawanan dengan mereka memiliki kelebihan satu mata berbanding West Ham yang berada di kedudukan kelima.
Walau bagaimanapun, kedua-dua Arsenal dan Tottenham Hotspur pada ketika ini hanya dua mata sahaja dibelakang United, namun mereka memiliki kelebihan ada baki perlawanan yang belum dimainkan.
https://twitter.com/Blowsive/status/1485906162310656004?t=WQCM1r2lKWTx3RpoN-BUNg&s=19
Selain memburu pemain baru, Manchester United juga sedang dalam usaha mereka untuk mencari pengurus baharu, bagi menggantikan Ralf Rangnick.
Ralf Rangnick dilantik sebagai pengurus interim kelab sehingga akhir musim ini, dan beliau akan memulakan tugasan sebagai penasihat kelab bermula pada musim panas nanti.