Manchester United sangat berharap agar seteru utama mereka, Manchester City gagal untuk menandatangani Harry Kane pada musim panas ini.
Walau bagaimanapun, harapan itu bukanlah kerana United mahu sekadar memudahkan urusan mereka untuk mencabar mencabar kejuaraan liga semata-mata.
Kane telah mencetuskan kontroversi pada petang Isnin lalu, selepas beliau gagal menghadirkan diri untuk sertai latihan pra musim bersama skuad Tottenham Hotspur.
Manchester United have a strategy to sign Harry Kane… but not this summer 💰
The two sides of Manchester could be going to war for the Tottenham striker very soon 👀https://t.co/JBRyXZPJoM
— SPORTbible (@sportbible) August 3, 2021
Menurut laporan dari media tempatan, Kane tidak hadir menyertai sesi latihan kerana beliau mahu mendesak pihak kelab supaya melepaskannya pada jendela perpindahan musim panas ini.
Ketua pasukan England itu telah hangat dikaitkan bakal meninggalkan Spurs dan akan menandatangani perjanjian bersama Manchester City.
Walau bagaimanapun, Daniel Levy dilaporkan tidak mahu melepaskan Kane dan telah meletakkan tanda harga yang tinggi untuk penyerang utama Spurs itu.
Manchester City sepertinya sedikit berat untuk membayar £160 juta yang diletakkan oleh Spurs untuk Kane dan menyebabkan mereka mengalihkan perhatian kepada pemain lain buat seketika.
Manchester United reportedly have a plan to sign Harry Kane… but not this summer 💰
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 2, 2021
City dilaporkan sudah menghantar bidaan bernilai £100 juta untuk menandatangani Jack Grealish dari Aston Villa pada musim panas ini juga.
Seandainya Juara bertahan Premier League itu berjaya mendapatkan kedua-dua pemain itu, maka harapan untuk mereka mempertahankan kejuaraan semakin cerah.
Walau bagaimanapun, itu bukanlah alasan sebenar mengapa Manchester United berharap agar Harry Kane tidak menyertai pasukan seteru mereka itu.
Red Devils sebenarnya berharap Kane tidak ke Etihad kerana mereka berhasrat untuk menandatangani ketua pasukan England itu di masa hadapan.
Menurut laporan dari The Daily Star, Kane masih kekal ada dalam radar pemerhatian Ole Gunnar Solskjaer, dengan finalis Europa League itu berhasrat untuk membawanya ke Old Trafford pada musim panas akan datang.
Manchester United 'revisit' Harry Kane transfer situation, Kieran Trippier boost and more rumours #mufc https://t.co/rTgv0ntszk
— Man United News (@ManUtdMEN) August 2, 2021
Manchester United pada musim panas ini telah meletakkan Jadon Sancho dan Raphael Varane sebagai sasaran utama untuk mereka tandatangani.
Jadon Sancho telah diumumkan secara rasmi sebagai pemain Manchester United, sementara Raphael Varane pula bakal diumumkan dalam masa terdekat ini.
Selepas ini, Solskjaer berharap agar pihak kelab dapat memberinya seorang pemain defensive midfielder dan seorang lagi pemain right-back.
Walau bagaimanapun, kedua-dua penandatanganan yang beliau harapkan itu, hanya akan berlaku bergantung kepada kemampuan kelab menjual pemain pada musim panas ini.
Pengurus yang baru sahaja menandatangani lanjutan kontrak bersama kelab itu, dijangka akan menerima dana tambahan pada tahun hadapan.
Manchester United ‘already have plan for Erling Haaland or Harry Kane transfer deals’ #MUFC https://t.co/bz4h576nX1
— Express Sport (@DExpress_Sport) July 31, 2021
Hal ini kerana mereka ketika itu bakal kehilangan khidmat Edinson Cavani, dan pihak kelab akan meletakkan pemain di posisi penyerang sebagai keutamaan untuk ditandatangani.
Kane merupakan salah seorang pemain yang diinginkan oleh kelab selain Erling Haaland, dan tentunya United akan berdepan dengan cabaran besar untuk mendapatkan bintang Borussia Dortmund itu.
Chelsea sangat berminat untuk menandatangani Erling Haaland pada musim panas ini, dengan mereka sanggup mengeluarkan dana bernilai £175 juta untuk mendapatkan penyerang Norway itu.
Walau bagaimanapun, jika tawaran itu dilakukan pada musim panas hadapan, maka harga Haaland akan turun lebih rendah dari nilai yang Chelsea tawarkan pada musim panas ini.
Manchester United Set 2022/23 Striker Transfer Plan
[@jamie_ward84]– Reports claim Manchester United are looking at a huge swoop for either Harry Kane or Erling Haaland next summer.#MUFC
Details ➡️ https://t.co/xjmv4PcsNd pic.twitter.com/rAm7MKhjJ1
— The United Stand News (@NewsUnitedStand) July 31, 2021
Bekas penyerang Red Bull Salzburg itu mempunyai klausa perlepasan bernilai £65 juta dalam kontraknya, yang mana ia boleh diaktifkan pada musim panas akan datang.
Chelsea, Manchester United, Manchester City, Real Madrid, Barcelona, Paris Saint Germain, Bayern Munich dan Liverpool sudah bersedia untuk bersaing mendapatkan Haaland pada ketika itu nanti.
Jika Manchester United gagal untuk mendapatkan pemain midfield dan right-back pada musim panas ini, Ole tentunya tetap akan meminta pemain yang sama pada musim hadapan.
Mungkinkah Kane akan ke Etihad? Atau beliau akan sertai pasukan lain dalam saingan Premier League? Atau mungkinkah beliau akan beraksi di luar England? Bincangkan di ruangan komen.
Sumber: SB