Zainal Abidin: Penalti Atau Tidak, Itu Jadi Tanda Soal

JDT Melaka United Liga Super 2021 zainal abidin penalti

Pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan nampak kurang berpuas hati dengan sepakan penalti yang diperolehi JDT, namun tidak mahu mengulas lebih lanjut.

Menurutnya, beliau perlu melihat semula insiden sebelum sepakan penalti diberikan di awal babak pertama – kurang seminit aksi berlangsung. Johor Darul Ta’zim (JDT) yang membuat sepak mula telah dihadiahkan sepakan penalti pada asakan pertama.

Ini merupakan kali kedua Melaka United terlepas gol di awal minit pertama. Kali pertama berlaku ketika berdepan Sri Pahang dalam aksi pertama liga yang kembali bersambung pada 25 Julai lalu apabila Manuel Hidalgo meledak gol seawal 40 saat.

Manuel Hidalgo Jadi Antara Penjaring Terpantas Liga Malaysia Sepanjang Zaman

Gol pantas Manuel Hidalgo itu merupakan antara tujuh gol gol yang dicetak di bawah seminit perlawanan berlangsung dengan ketika ini, pertahanan Penang FC, Rafael Vitor berjaya memintas rekod yang dipegang selama enam musim Fakri Saarani.

Dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi, asakan pertama JDT ke kubu Melaka United itu dibuat menerusi Gonzalo Cabrera telah digagalkan menerusi hadangan Akmal Zahir yang telah dipersalahkan atas kekasarannya tersebut.

Penalti yang diperolehi pasukan pelawat itu disempurnakan oleh penyerang sensasi, Bergson da Silva untuk meletak JDT di depan dan itu merupakan satu-satunya jaringan yang terhasil dengan Melaka United akhirnya gagal mencari gol penyamaan.

“Awak nak saya kena gantung ke?” seloroh Zainal Abidin ketika diminta memberi komen tentang mutu pengadilan selepas melihat skuadnya tunduk 0-1 kepada JDT.

“Macam yang saya cakap, penalti itu saya perlu lihat dahulu. Walaupun kesilapan daripada pemain saya tetapi saya perlu lihat dahulu insiden itu, sebelum kita ambil tindakan selanjutnya,” jelas lanjut pengendali berusia 59 tahun itu mengenainya.

Melaka United juga harus berterima kasih kepada penjaga gol, Khairul Fahmi yang menjadi tembok kebal buat mereka dalam menafikan beberapa percubaan berbahaya JDT yang dicipta menerusi Bergson, Gonzalo Cabrera dan Safawi Rashid antaranya.

Ungkap pengendali skuad Hang Tuah itu sebelum itu, “Inilah bola sepak. Kita beri gol menerusi sepakan penalti, yang [jadi] tanda soal di situ. Adakah betul penalti atau tidak, saya kena buat kajian kembali, tetapi ia juga ada kesilapan daripada kita.”

Zainal Abidin tetap memuji prestasi para pemainnya yang hanya melepaskan satu gol dan menunjukkan permainan yang bersemangat dalam usaha mencari gol semula.

Dalam dua aksi sebelum ini, Melaka United ketinggalan sebelum bangkit meledak gol penyamaan untuk berkongsi mata bersama pasukan lawan iaitu ketika bertemu Sri Pahang dan KL City. Kali ini kebangkitan tersebut  gagal dijelmakan semula.

“Itulah bola sepak. Kita didera di saat yang awal. Tetapi pemain-pemain harus ingat mereka adalah satu pasukan yang baik dan mereka mesti bangkit balik kerana kita ada satu lagi perlawanan yang amat penting di Pulau Pinang,” ungkap Zainal Abidin lagi.

Khabar buruk juga buat Melaka United sebenarnya kerana dalam aksi mereka yang turut berlangsung malam tadi, Penang FC berhasil meledak jaringan di bawah seminit.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN