Manchester United Belasah Wigan Athletic, Mara Ke Pusingan Ke-5 FA Cup

Manchester United belasah Wigan Athletic di Old Trafford dalam aksi FA Cup pusingan ke-4.

Kemenangan ini memberikan mereka tempat di pusingan seterusnya di dalam piala nasional England itu.

Hanya 1 pasukan di padang

Manchester United belasah Wigan Athletic dan ia terbukti menerusi statistik yang kami peroleh.

Hal ini kerana, mereka seperti bermain sendiri di atas padang kerana kurang cabaran diberikan oleh Wigan Athletic.

Manchester United menguasai perlawanan dengan 72% penguasaan bola berbanding Wigan Athletic yang cuma menguasai bola sebanyak 28% sahaja.

Manchester United juga menguasai jumlah percubaan dengan mencipta 11 percubaan berbanding hanya 7 untuk pasukan pelawat.

Namun begitu, Wigan Athletic berjaya mencipta 5 percubaan tepat ke arah pintu gol. Ia lebih 1 daripada Manchester United yang mencipta 4 percubaan tepat.

Tetapi Wigan Athletic harus salahkan diri mereka sendiri kerana Manchester United menjaringkan 4 gol dari kesemua percubaan tepat mereka!

Bastian jaring gol!

Gol Manchester United terhasil apabila Marouane Fellaini memberikan gol pendahuluan pada minit ke-44 untuk kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan jaringan 1-0.

Di separuh masa kedua menyaksikan Chris Smailling juga turut serta menjaringkan gol pada minit ke-57.

Henrikh Mkhitaryan menjaringkan gol ketiga pasukan tuan rumah apabila menyudahkan bola hantaran dari Anthony Martial.

Bastian Schweinsteiger, yang kini tidak lagi diperlukan oleh pengurus Jose Mourinho berjaya menjaringkan gol dalam penampilan sekali sekala beliau untuk Manchester United.

Beliau menjaringkan gol pada minit ke-81 permainan untuk memberikan kemenangan 4-0 buat pasukan tuan rumah.

Kesebelasan utama

Manchester United: Sergio Romero (penjaga gol), Timothy Fosu-Mensah, Chris Smailling, Marcos Rojo, Luke Shaw, Marouane Fellaini, Bastian Schweinsteiger, Juan Mata, Wayne Rooney (kapten), Henrikh Mkihtaryan, Anthony Martial

Wigan Athletic: Jakub Haugaard (penjaga gol), Jake Buxton, Callum Connolly, Dan Burn, Stephen Warnock (kapten), Shaun MacDonald, Max Power, David Perkins, Sam Morsy, Micheal Jacobs, Will Grigg

Baca juga: Juventus Kalahkan Sassuolo, AS Roma & AC Milan Tumbang Di Tempat Lawan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN