Manchester United Atasi Barcelona Dan Real Madrid Sebagai Kelab Paling Untung

Laporan tahunan UEFA dikeluarkan pada Selasa melaporkan yang Manchester United menjadi kelab berpendapatan paling tinggi untuk tahun kewangan 2016.

Ini selepas Manchester United meningkatkan pendapatan mereka kepada 32%. Sekaligus mengatasi Real Madrid, Barcelona dan Bayern Munich.

UEFA puas hati

Secara keseluruhan, keuntungan kira-kira 700 kelab Eropah di bawah seliaan UEFA adalah €18.5 billion pada 2016. Peningkatan sekitar €1.6 billion berbanding tahun sebelumnya.

Sebagai perbandingan pada 10 tahun yang lalu, pada 1996, keuntungan semua kelab Eropah hanyalah €2.8 billion.

Daripada jumlah €18.5 billion itu, €9.1 billion daripadanya adalah dijana oleh 30 kelab elit di Eropah.

Kelab EPL masih menjadi kuasa kepada hak penyiaran. Anda bayangkan, Bournemouth mendapat keuntungan hasil hak penyiaran yang sama dengan gergasi Itali, Inter Milan.

Manchester United no.1

Rain during play during the Premier League match at Old Trafford, Manchester. (Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Secara keseluruhan, Manchester United menjana keuntungan €689 juta berbanding dengan €521 juta pada 2015.

Ini diikuti oleh Barcelona dan Real Madrid yang masing masing dengan keuntungan €620 juta. Bayern Munich di tangga ke-4 dengan €592 juta. Seterusnya adalah PSG (€542 juta) dan Manchester City (€533 juta).

Namun begitu, Manchester United masih menjadi kelab dengan beban hutang tertinggi dengan €561 juta, diikuti oleh Benfica, Inter Milan, dan Juventus.

EPL liga paling untung

Laporan UEFA juga mengesahkan EPL sebagai liga yang paling tinggi keuntungan dengan purata €244.4 juta keuntungan setiap kelab.

Bundesliga di tangga ke-2 dengan purata €149.6 juta. Sepanyol di tangga ke-3 dengan purata €126.3 juta. Diikuti Serie A dengan purata keuntungan €100.2 juta.

Beberapa liga elit di Eropah mencatakan purata keuntungan yang menghampakan. Liga Portugal hanya €20.3 juta manakala Belanda hanyalah €26.7 juta.

Liga lain seperti Greece hanya €8.9 juta, Hungary €5 juta, Republik Czech €4.4 juta dan Liga Slovenia €1.5 juta.

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin menyatakan yang UEFA akan cuba memastikan kewangan liga di Eropah akan terus kompetitif.

Namun mereka tidak ada kuasa untuk membantu aspek seperti mencari penajaan dan hak penyiaran.

Badan pengurusan liga disaran untuk lebih bijak dalam mencari penaja dan mendapatkan hak penyiaran yang lebih besar.

Melihat kepada angka yang dijana oleh kelab-kelab dan liga di Eropah, kita hanya mampu kagum dengan cara mereka menguruskan liga mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN