8 Terbaik Asia B-23, Malaysia Dan Vietnam Buat Asia Tenggara Bangga

Jika sebelum ini, pasukan daripada Asia Tenggara seringkali dianggap pasukan lubuk mencari mata dalam kejohanan serantau di semua peringkat. Namun tidak kali ini.

Malaysia dan Vietnam membuktikan yang negara Asean mampu untuk melakarkan kejutan dan memberikan persaingan kepada pasukan lain walau apa jua caranya.

Kelmarin, Malaysia mengesahkan kelayakan mereka ke suku akhir buat pertama kali dalam penampilan sulung kita dalam Piala Asia B-23. Semalam, giliran Vietnam pula mengesahkan kelayakan mereka ke pusingan suku akhir.

Tataplah bendera negara kita dalam senarai 8 terakhir, begitu juga dengan jiran kita Vietnam. Anda mungkin boleh mengambil cetak skrin atau simpan gambar ini, kerana ia bakal menjadi kenangan bersejarah untuk bola sepak kita.

Malang untuk Thailand kerana mereka gagal untuk mara, meskipun Thailand kerap menjadi pasukan yang digambarkan sebagai penanda aras untuk pasukan dari Asean. Namun kali ini, Thailand menjadi kontinjen Asean yang paling lemah.

Kempen Negara Asean

Malaysia berjaya menamatkan saingan di tangga ke-2 kumpulan C. Mengejutkan pasukan seperti Jordan dan Arab Saudi.

Lebih manis, Malaysia mengikat Jordan dan menewaskan pasukan gergasi Arab Saudi untuk mara ke pusingan suku akhir.

Vietnam mengejutkan Australia dalam perlawanan kedua mereka. Ia juga menjadi salah satu kejutan terbesar di dalam kejohanan ini.

Vietnam kemudian seri dengan Syria untuk memastikan mereka mengutip 4 mata. Terima kasih kepada Korea Selatan yang menewaskan Australia.

Untuk Thailand pula, peminat mereka sebelum ini mempertikaikan kualiti bola sepak mereka yang berada di bawah Filipina dan Vietnam.

Memang mereka juara serantau dan juga juara Sukan SEA, namun dari segi permainan bola sepak di padang, peminat mereka menganggap DNA bola sepak mereka sudah hilang.

Thailand pulang dengan tangan kosong. Tewas kesemua perlawanan dan menjadi pasukan yang paling bocor, melepaskan 7 bolos.

Seterusnya

Malaysia akan beraksi menentang Korea Selatan pada Sabtu ini. Ia perlawanan yang ditunggu-tunggu jutaan peminat bola sepak tanah air.

Kami mahu pemain-pemain Malaysia tahu yang anda sebenarnya sudah mencapai keptusan di luar jangkaan. Mara ke China dengan merit dan kemudian mendapat mata pertama dalam perlawanan kedua. Mendapat kemenangan pertama dalam perlawanan ke-3.

Vietnam pula akan menentang pasukan Iraq. Pasukan yang sangat bernafsu dalam peringkat kumpulan. Ia juga bukan lawan yang mudah kerana Iraq memiliki kelajuan dan kreativiti yang sangat tinggi.

Namun Iraq juga sedar bahawa Vietnam dalam mood yang positif untuk berhadapan dengan mana-mana pasukan kali ini. Selamat berjuang dan selamat maju jaya untuk Malaysia dan Vietnam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN