Manchester United 2-2 Burnley: Pogba & Lindelof Selamatkan United

Manchester United menghasilkan kebangkitan lewat untuk bangkit dari ketinggalan 0-2 sebelum mampu meraih satu mata menentang Burnley di Old Trafford awal pagi tadi.

Ketika nampak United akan menghadapi kekalahan pertama di bawah pengurusan Ole Gunnar Solksjaer, Paul Pogba muncul menjaringkan gol dari penalti minit 87′ sebelum Victor Lindelof menyamakan kedudukan menerusi gol pada masa kecederaan.

Sebelum 2 gol tersebut, Burnley bertahan dengan cukup baik dan mendahului menerusi 2 gol jaringan Ashley Barnes dan Chris Wood.

Barnes menjaringkan gol pertama perlawanan dari dalam kotak penalti sejurus selepas separuh masa kedua bermula hasil kesilapan Andreas Pereira.

Barnes bertukar menjadi penyumbang jaringan pada minit 81′ selepas hantaran lintangnya disambut oleh kepala rakan penyerang, Chris Wood.

Selepas Marcus Rashford mensia-siakan peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada minit ke-9, tuan rumah bergelut untuk menembusi benteng pertahanan Burnley.

United menampilkan permainan yang menyerang, tetapi kebanyakan percubaan mereka terhad kepada rembatan-rembatan di luar kotak penalti.

Hanya apabila pemain tengah Burnley, Jeff Hendrick melakukan kesilapan menarik Jesse Lingard dalam kotak penalti yang memberi peluang Pogba menyempurnakan penalti, barulah United nampak seperti boleh menjaringkan lebih banyak gol.

Pogba mempunyai satu peluang selepas itu yang diselamatkan oleh Tom Heaton. Alexis Sanchez juga berpeluang untuk menjaringkan gol apabila berjaya menanduk masuk bola yang diselamatkan Heaton, tetapi Lindelof berada di tempat dan masa yang betul untuk melakukan tindakan susulan yang menghadiahkan gol penyamaan United.

Keputusan seri ini bermakna anak buah Solksjaer pertama kali melepaskan mata, selepas menang 8 perlawanan berturut-turut. Mereka juga terlepas peluang untuk menyamakan mata dengan Chelsea yang berada di tangga ke-4 liga.

Bagi Burnley, satu mata ini membolehkan mereka merangkak naik satu tangga ke tempat ke-15 liga, 4 mata di atas zon penyingkiran. Burnley kini sudah tidak kalah dalam 5 perlawanan liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN