Manchester City Turunkan Barisan Kedua Untuk Fokus Pertemuan Dengan United

Sergio Aguero

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City tewas 1-2 kepada Shakhtar Donetsk dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah mereka dalam semua pertandingan musim ini.

Keputusan itu turut mencemari penampilan ke-100 Pep Guardiola sebagai pengurus dalam saingan elit Eropah itu tetapi pengendali dari Sepanyol itu tetap berpuas hati dengan persembahan dipamerkan skuad bimbingannya terutama barisan kedua yang diturunkan.

“Saya puas hati dengan prestasi Tosin (Adarabioyo), Phil (Foden) dan Brahim (Diaz) dan mereka bermain dengan baik.

“Kami hadir ke sini untuk menang, tapi kami gagal mencapai matlamat itu. Kami mencuba hingga tamat perlawanan, saya gembira dengan persembahan dipamerkan pemain,” kata Guardiola.

Pep Guardiola merehatkan beberapa tonggak utama benteng pertahanan pasukan itu untuk fokus kepada pertembungan musuh setempat menentang Manchester United, Ahad ini

City sudah menjamin tempat ke pusingan kalah mati sebagai juara Kumpulan F dan dengan fokus terarah kepada pertembungan musuh setempat menentang Manchester United, Ahad ini, Guardiola merehatkan beberapa tonggak utama benteng pertahanan pasukan itu.

Dengan fokus diberikan kepada pertemuan dengan United, Guardiola enggan memikirkan mengenai City yang diletakkan sebagai pilihan menjelang undian pusingan 16 terakhir di Nyon, Switzerland, Isnin ini.

Aksi pemain muda Manchester City, Brahim Diaz (dua dari kanan) ketika menentang Shakhtar Donetsk pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

“Kini, kami mahu berehat dan kembali menjalani latihan esok bagi persiapan menghadapi perlawanan menentang Manchester United.

“Ia sering berlaku apabila undian dijalankan – mereka bercakap mengenai perkara itu tapi ia bergantung kepada prestasi pasukan pada hari perlawanan.

“Mungkin anda bagus hari ini, tapi pada Februari anda beraksi dengan teruk. Ia akan menjadi sukar, pencabar semua kuat tapi kami akan cuba melakukan yang terbaik,” kata Guardiola. – Reuters

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN