Quantcast

BERITA

Dollah Salleh Tegaskan Pahang Mahu Layak Ke Kejohanan AFC Secara Merit

Bekas jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh mahu pastikan Pahang layak ke Piala AFC secara merit bukan diberi slot secara percuma.

Bulan lepas, Pahang diberi peluang untuk menyertai kejohanan Piala AFC 2018 setelah pasukan yang sepatutnya mewakili negara iaitu Kedah gagal dapat lesen AFC untuk beraksi di pentas saingan kedua asia itu.

Sebagai naib juara liga super 2017, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menawarkan slot itu kepada pasukan Pahang sebagai pengganti Kedah tetapi malangnya Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) memutuskan untuk menolak tawaran itu atas alasan ingin memberikan tumpuan kepada saingan domestik.

Keengganan Pahang beraksi di Piala AFC, menyebabkan slot kedua untuk Malaysia dalam saingan Piala AFC telah dilupuskan dan diberikan kepada negara lain.

Makluman Rasmi :

Posted by Pahang FA on Monday, 20 November 2017

Hal ini bermakna hanya juara liga super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mewakil negara dalam saingan pentas asia tahun depan.

Dollah Salleh yang bakal kembali daripada penggantungan pada tahun depan mengharapkan pasukan Pahang dapat layak ke saingan asia itu pada tahun 2019.

“Ianya tidak kelihatan selesa apabila mengambil tempat orang lain. Lebih baik kami beraksi dan layak dengan usaha sendiri,” jelas Dollah kepada ESPN FC 

“Kami akan cuba lakukan yang terbaik pada musim 2018.,” katanya yang turut mengesahkan Pahang akan mula menjalani latihan pada 11 disember depan.

Pada bulan julai lepas, Dollah dikenakan hukuman penggantungan selama 18 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas beliau didapati bersalah mempertikaikan pengadil dan keputusan perlawanan.

Hukuman itu kemudiannya dikurangkan kepada 5 bulan selepas membuat rayuan rasmi kepada FAM.

“Bulan Disember semakin sampai ke penghujungnya. Saya akan kembali semula pada bulan Januari dan tidak sabar untuk menghadapi cabaran baru. Saingan musim depan pasti lebih sengit,” katanya.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!