Kecederaan Sergio Aguero telah merencatkan perancangan pengurus Manchester City, Pep Guardiola untuk membariskan kesebelasan terbaik menghadapi perlawanan yang lebih sukar selepas ini.
Guardiola mengakui Aguero mungkin terpaksa diketepikan ketika kunjungan Manchester City ke gelanggang Watford, Selasa ini kerana masih memerlukan rawatan untuk bahagian ototnya.
Aguero tidak beraksi ketika City merakam kemenangan 3-1 ke atas Bournemouth, semalam dengan penyerang Argentina itu sekadar menyaksikan perlawanan di kerusi penonton ketika skuad kendalian Guardiola kini memiliki kelebihan lima mata di puncak liga.
https://twitter.com/City_Watch/status/1068943022275117059
Gabriel Jesus disenarai dalam kesebelasan utama buat pertama kali sejak 1 September lalu bagi menggantikan Aguero tetapi penyerang Brazil itu tidak menjaringkan gol namun pemain England, Raheem Sterling menjadi tonggak buat City yang mengesahkan kemenangan keenam berturut-turut.
Sterling mengembalikan kelebihan City menerusi penyudah dari jarak dekat pada babak kedua selepas Bournemouth menyamakan kedudukan menerusi tandukan Callum Wilson susulan gol pembukaan Bernardo Silva.
City melakukan lima perubahan dalam perlawanan itu tetapi ia tidak merosakkan keseimbangan pasukan dengan gol kemenangan dijaringkan Ilkay Gundogan yang memanfaatkan hantaran pendek Leroy Sane, 11 minit sebelum perlawanan di Etihad berakhir.
Raheem Sterling jadi harapan City di bahagian serangan
Sekali pun Sterling kini menyamai jumlah jaringannya dalam kempen liga iaitu lapan gol, Guardiola mengakui Aguero tidak akan beraksi jika dia tidak sempat pulih ketika kunjungan ke Watford, pertengahan minggu depan.
PL 2018/19 goal contributions this season :
• Raheem Sterling – 14 ( 8⚽, 6🅰 )
• Sergio Aguero – 12 ( 8⚽, 4🅰 )
• Eden Hazard – 11 ( 7⚽, 4🅰 )
• Callum Wilson – 11 ( 7⚽, 4🅰 )
• Mo Salah – 10 ( 7⚽, 3🅰 )
• Leroy Sané – 10 ( 5⚽, 5🅰 )
World class! 👌 pic.twitter.com/DajQQ5qevl
— Man City Delhi Supporters Club (@ManCityDelhi) December 2, 2018
“Saya tidak tahu sama ada Aguero akan cergas atau tidak. Kita akan lihat. Keputusan saya adalah berdasarkan kepada doktor, fisioterapi, naluri dan apa yang saya lihat. Ada begitu banyak alasan,” kata pengurus kelahiran Sepanyol itu.
Guardiola begitupun mengakui betapa persembahan pasukannya pada babak pertama ‘mendatar’ tetapi gembira dengan tiga mata yang juga kemenangan ke-400 kariernya sebagai pengurus – selepas diikat 2-2 oleh Lyon dalam kempen Liga Juara-Juara, Rabu lalu.
When Sergio Aguero owners in Fantasy Football see that he's been rested at home to Bournemouth pic.twitter.com/gqPLfQOAiC
— BoyleSports (@BoyleSports) December 1, 2018
Beliau mendakwa cubaannya untuk meningkatkan kualiti permainan pasukannya menentang Bournemouth pada babak pertama tidak berjalan lancar tetapi lega apabila Sterling mengubah perlawanan pada babak kedua.
“Ia kemenangan yang baik. Selepas Liga Juara-Juara, ia sentiasa sukar,” kata Guardiola. “Kami kekurangan rentak pada babak pertama. Bournemouth amat laju di bahagian depan dan amat sukar ditentang.
“Mereka meletakkan begitu banyak bola di kawasan penalti dan mereka juga kuat. Kami hanya mendatar tetapi selepas itu, kami menjadi lebih agresif dan mengubah permainan.
Bien hecho chicos 🤟🏽// Well done, lads 🤟🏽 C’mon City! pic.twitter.com/vmqKlxwGwM
— Sergio Kun Aguero (@aguerosergiokun) December 1, 2018
“Saya mahukan sesuatu yang lebih daripada mereka pada babak kedua tetapi ucapan saya tidak masuk akal kerana pada lima atau 10 minit pada babak kedua, ia tidak menjadi, ia sama seperti separuh masa pertama.
“Raheem Sterling mengubah perlawanan dan Leroy Sane turut menakjubkan. Saya tidak tahu apa yang dia makan tetapi ia akan menjadi menu bagi perlawanan seterusnya.”